Rabu, 11 Mei 2011

PANAS!! BEBERAPA BUAH SURAU DAN MASJID DI TAMPOI JOHOR SUDAH DI RASUK AJARAN PAS!!


Mc baru dapat maklumat dari beberapa sumber yang boleh dipercayai mengenai beberapa Surau dan Masjid disekitar kawasan Tampoi, Johor sudah dirasuk doktrin Pas. Sesungguhnya AJK Masjid atau surau dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri, tetapi mungkin disebabkan 'kecuaian' dan salah lantik menyebabkan terlantik orang yang sememangnya aktif dalam politik geng bulan ni.

Sesungguhnya penduduk disekitar Tampoi agak rimas dengan Tazkirah atau ceramah yang lebih menjurus kepada politik dan menghentam individu tertentu. Akibat dari perbuatan itu, ramai jemaah masjid dan surau yang tidak lagi turun berjemaah disebabkan 'rimas' untuk mendengar tazkirah dan ceramah yang memaki hamun.


Kita ke masjid untuk beribadat. Masjid tempat menyatukan semua muslim dan musliman. Tempat kita berpadu mengadap yang Maha Esa. Bukannya tempat untuk kita maki hamun individu yang kita tak suka. Kalau nak maki hamun, jangan dalam masjid, pergi cari tempat lain. Salah tempat kot nanti kena maki lagi teruk.

Mc harap Jabatan Agama Islam Negeri Johor membuat pantauan di setiap surau dan masjid di Tampoi, lebih-lebih lagi di Masjid Flat Tampoi, Johor yang dikatakan sarang besar puak pembangkang membiak.

Mc juga mendapat maklumat Surau di Taman Abad, berdekatan dengan bandar Johor Bahru, sudah ditinggal sepi. Bagaikan tiada tuan. Dikatakan sudah menjadi tempat remaja sekitar membuat maksiat. Sila ambil tindakan! Jangan biarkan penyakit menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi.

P/s: cegah sebelum parah..

McTheory:
Melaporkan dari Johor Bahru.. roger n out!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tempat aku lagi terok ! surau..bumbung surau..pagar..tangga..kerusi meja semua Kaler HIJAU...nk nunjuk pada org yg depa tuu Isle bbeno....Fasa 1A Seri manjung.

Tanpa Nama berkata...

HIJAU TU WARNA YG SINONIM DGN ISLAM (BOLEH RUJUK WIKIPEDIA). KALU FOBIA SGT DGN WARNA HIJAU, HANG CATLA RUMPUT DGN DAUN POKOK DPN RUMAH HANG DGN WARNA LAIN, WAKAKA

Tanpa Nama berkata...

Kalu ustaz tu bawa ajaran salah, majlis agama patut ambil tindakan. Tp kalau apa yg dicakap tu betul, kena telanla wp pahit.