Khamis, 12 Mei 2011

LAKONAN POLITIK ANWAR, UNTUK TERUS BERNAFAS!!


Sejak tahun 2000 rakyat negara ni dah disajikan dengan pelbagai cerita cubaan nak bunuh Anwar. Daripada disuntik virus HIV, diracun arsenik sehinggalah ke satu tahap ‘cubaan bunuh’ yang memaksanya lari menyuruk di kedutaan Turki. Tapi sebaik keluar dari kedutaan, Anwar berucap depan beribu orang, tak takut pulak kena bunuh?

Naik boring pun ada, banyak betul cubaan, yang dia masih sihat macam itu juga.
Terbaru, sejak 2 ke 3 hari lepas heboh pula dengan cerita pemandu Anwar buat lapuran ada cubaan sabotaj kereta Anwar untuk membunuhnya. Konon ada kejadian kereta hilang kawalan ketika sedang dalam pemanduan.

Asas dalam lapuran pemandu Anwar ialah ada sabotaj pada kenderaan, konon sebahagian daripada plot untuk membunuh Anwar. Walhal yang berada di dalam kereta tersebut pada hari kejadian ialah Wan Azizah dan si Faekah.


Patutnya cubaan membunuh Wan Azizahlah, kenapa pulak cubaan membunuh Anwar? Kalau berlaku apa-apa sekalipun pada hari tersebut, Anwar tidak tercalar sedikit pun, yang kena teruk ialah Wan Azizah dan Faekah pasal 2 orang ini yang naik kereta tersebut, termasuk pemandu sekalilah.
Tapi kita yakin, kerana semua ini sebahagian dari plot yang sengaja direka, maka itu bertukar jadi ‘cubaan’ bunuh Anwar.

Kita tak tahulah siapa pengarah cereka ‘cubaan bunuh’ terbaru Anwar nih, tapi senario cerita yang nak cuba dibayangkan dalam kejadian ini adalah lebih kurang sama dengan senario pembunuhan politik besar-besaran yang berlaku di Maguindano, Filiphina.

Ringkasnya dalam kejadian tersebut calon Gabenor Maguindanao, Esmael “Toto” Mangudadatu menghantar isteri, saudara mara dan sekumpulan wartawan untuk menghantar kertas pencalonannya dimana akhirnya 58 orang dalam konvoi tersebut mati dibunuh pesaing politiknya, Ampatuan Jr.

Akibat daripada pembunuhan ini, Mangudadatu menang dalam pemilihan Gabenor.
So inilah senario yang cuba nak ditiru dalam kejadian yang didakwa sebagai ‘cubaan bunuh’ Anwar. Yang mana ada yang akan dikorbankan dan siapa pun dia, yang penting, Anwar akan mendapat simpati hasil dari tragedi yang berlaku. Sedangkan dia sendiri takde apa-apa.

Anwar memang jadi kepakaran dia berlakon untuk dapat simpati undi nih. Kejadian mata lebam semasa dipenjara akibat kesalahan salah guna kuasa dulu menjadi senjata terbaik Anwar untuk mendapat simpati rakyat. So keadaan yang sama tapi senario berbeza cuba diulang tapi lebih drastik lagi.
Lebih lagi bila keadaan tidak langsung menyebelahi Anwar dan karier politiknya seakan sampai ke penghujung.

Aturan ‘cubaan bunuh’ ini memang sesuai, kebetulan ke apa baru saja Anwar memaki Perdana Menteri dengan panggilan yang tidak elok, dah disusul dengan skrip ‘cubaan bunuh’ pulak. Kononnya ada kesinambungan untuk mencipta motif.

Rakan-rakan blogger ada yang menyarankan supaya Anwar diberi kawalan ketat untuk mengelak yang tidak baik berlaku kepadanya tapi penulis rasa yang perlu lebih kawalan ketat ialah Wan Azizah.
Anwar perlu terus hidup untuk meneruskan perjuangan pakatan rapuh ni, sementara apa yang boleh dikorbankan untuk menjayakan hasrat tersebut, dikorbankanlah.

Itulah senario sebenar bagi cerita paling tak masuk akal nih.

My KMU

McTheory:
Ada saja orang yang nak dikambing hitamkan oleh Anwar..

Tiada ulasan: