Selasa, 24 Mei 2011

PERTIKAIKAN PM TAPI MB SELANGOR SENDIRI PUN TAK PRIHATIN!!


Puak blogger Pakatan mempertikaikan kenapa DS Najib lewat untuk melawat mangsa tanah runtuh di Hulu Langat Selangor. Sedangkan mereka lupa atau buat-buat tak nampak perihal si MB Selangor yang sedang berkursus di Aspen dan membiarkan rakyatnya yang menderita disebabkan tanah runtuh di Hulu Langat.

Sepatutnya sebagai MB, Khalid lah orang yang paling penting dan bertanggungjawab keatas apa-apa kecelakaan yang berlaku di negerinya. Sepatutnya Khalid perlu ada bersama-sama dengan mangsa untuk memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Sikap sambil lewa pemimpin Pakatan terhadap tragedi ini juga jelas kelihatan apabila, pemimpin dari pihak Pas dan Pkr mengambil masa agak lama untuk datang melawat mangsa kejadian. Dap jangan cakap la, sebab yang meninggalnya melayu, mana ada diaorang nak layan. Cuba kalau cina atau india, mau berpuluh ribu duit habis mereka bagi bantuan.

Sedang pemimpin Pakatan Haram lewat melawat mangsa, Noh Omar yang juga Timbalan Pengurusi UMNO Selangor tiba awal dan menghabiskan masa sehingga pukul 6 pagi dibilik gerakan dan dibilik mayat. Selain Noh Omar, TPM Muhyiddin Yasin pun ada, Liew Tiong Lai, Ali Rustam sanggup datang jauh dari Melaka untuk melihat keadaan mangsa tanah runtuh.

Wakil dari Pakatan yang nampak hanyalah Hassan Ali dan Ronnie Liu. Yang lain, haram tak nampak muka. Macam la rumah jauh sangat. Nampak sangat tak prihatin kepada rakyat.

Kalau DS Najib lambat melawat kerana berada di U.S atas urusan rasmi. Anwar Ibrahim pulak dimana? Kenapa tak datang awal? Sibuk ke?

Sepatutnya isu ini tidak boleh dipolitikkan kerana ia melibatkan nyawa serta bencana alam, tetapi disebabkan puak Pakatan haram yang mulakannya, dan mempolitikkan isu ini, terpaksala kita balas balik serangan puak bingai dan bodoh ni.

P/s: nampak sangat puak Pakatan tak prihatin pada rakyat..

McTheory:
Kalau dah bingai tu, bingai jugak..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BIASAK LA BROO..ORG MATI PUN DIORANG AMIK KESEMPATAN JD BAHAN DLM CERAMAH. MCM MANE LA NAK AMAN ROH KT DLM KUBOR ADOIYAIII