Sabtu, 14 Mei 2011
VIDEO TERBAKAR!! DAP MELAYU MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KRISTIAN AGAMA RASMI!!
Dakwaan menjadikan agama Kristian agama rasmi Malaysia.
Selepas dinafikan pelbagai pihak, seorang ahli DAP yang turut serta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang, 5 Mei lalu hari ini tampil membuat laporan polis, untuk mendedahkan apa sebenarnya berlaku.
Mohamed Razali Abdul Rahman berkata beliau terpanggil membuat laporan polis selepas kecewa dengan penafian demi penafian dilakukan beberapa pihak, termasuk pemimpin DAP sendiri.
Mohamed Razali, diiringi isteri, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown pagi tadi.
Beliau kemudian memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.
Beliau mengaku hadir dalam majlis kesyukuran, diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister, minggu lalu.
MOHAMED RAZALI ABDUL RAHMAN / AHLI DAP JELUTONG
Saya datang untuk ceritakan apa yang berlaku sebab saya hadir dalam pertemuan itu dan saya buat laporan polis ini sebab kecewa dengan penafian dilakukan pihak terlibat. Mengenai apa yang mereka kata tentang apa yang berlaku dalam pertemuan itu. Saya dah bagitahu semuanya kepada polis dan saya serahkan kepada mereka saja.
Beliau turut menjelaskan mengapa baru hari ini membuat laporan polis, selepas hampir seminggu isu berkenaan dibangkitkan.
MOHAMED RAZALI ABDUL RAHMAN / AHLI DAP JELUTONG
Saya rasa terpanggil untuk buat laporan lepas tengok penafian sebab sebagai seorang Islam adalah wajib bagi saya untuk beritahu kebenaran sebab itu saya bagitahu apa sebenarnya berlaku.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.
Dua laman blog mendakwa seorang paderi membacakan doa dalam majlis terbabit berikrar menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan seorang kristian sebagai Perdana Menteri.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu kemudian menyiarkan sebagai tajuk utamanya lapan Mei lalu.
Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi yang turut menghadiri pertemuan itu bagaimanapun menafikan doa atau ikrar sedemikian dilakukan.
Paderi yang hadir juga turut membuat penafian.
Sumber berita ini Mc perolehi di sini.
Nampaknya puak Pakatan akan melompat sekali lagi. Apabila maki hamun yang mengatakan semua ini adalah fitnah akan terpalit kembali kemuka mereka. Sebelum ini teruk UMNO dan akhbar Utusan dihentam kononnya menjadi penyebar fitnah, sedangkan dengan laporan polis yang dibuat oleh Dap Melayu ini membuktikan tuduhan kepada Jeff Oii menganjurkan majlis kesyukuran paderi-paderi berasaskan agenda untuk menjadi agama rasmi adalah benar dan tepat.
Dengan laporan polis yang dilakukan oleh Ahli Dap Jelutong itu, polis boleh sekali lagi membuat siasatan berasaskan laporan yang dibuat.
Mc nak tengok lepas ni apa pulak kata Mahfuz, Nik Aziz, Guan Eng dan ramai lagi suku sakat Pakatan yang bermati-matian mengatakan semua ini fitnah. Malah siap buat laporan polis untuk menafikan segalanya. Tunggu laa.. buah dah balik kena kepala korang.. heh
P/s: Fitnah atau kebenaran?
McTheory:
Mari kita tengok siapa yang kena? he he he..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
puak pakatan akan kata dia d rasuah oleh umno..silap2 najib pun lebih percaya kat org kristian berbanding dia walaupun dia seorg islam..sedih2... tgk org islam yg jauh dari roh islam kini
yang benar tetap benar.. kebenaran akan diperjuangankan.. jangan risau, nur sudah nampak, cuma nak tambah spotlight je kasi terang lagi..
Jangan salahkan DS Najib. Dia baru dengar sebelah pehak. Sekurang kurangnya padri mengakui hak Islam di depan DS Najib.
Catat Ulasan