Sabtu, 4 Jun 2011

HAPRAK PAS!! ISLAM HANYA DAGANGAN, ULAMA CUMA JENAMA!!



Semakin hari semakin merapu puak Pas ni. Dari memperjuangkan agama, kini dah jadi pejuang kebajikan pulak. Sebenarnya yang mana satu Pas perjuangkan ni. Islam ke kebajikan?

Dulu Pas bermati-matian berjihad kononnya mahu hudud dan negara Islam. Sanggup mengkafirkan UMNO, sanggup berperang dengan UMNO yang kononnya dianggap kerajaan sekular dan berpelembagaan british. Kini apa dah jadi Pas? Di mana perjuangan asal mu? Di mana pendirian Pas selama ini?

Pertanyaan yang sebenarnya, dimana hilangnya Islam yang Pas perjuangkan?

Atau semenjak dari penubuhan Pas lagi, sememangnya Islam bukan diutamakan. Mungkin Pas hanya gunakan Islam untuk barang dagangannya. Maknanya, Pas memperjuangkan Islam semata-mata untuk meraih sokongan.

Islam dijual sebagai penarik minat, Ulama pula dijaja untuk menjadi jenama. Bila ada Ulama dan Islam, maka Pas dilihat utuh dan seolah-olah parti yang memperjuangkan Islam.

Ahhh.. itu dulu,

Kini mereka sudah ada modal baru untuk diniagakan bersama sahabat sejati Dap. Islam sudah ditolak ketepi, percayalah, jika bukan kerana UMNO masih wujud, orang-orang Pas ini pasti akan berubah cara penampilan mereka. Ketayap dah terbang, serban pun pasti lesap. Sekarang ni Pas masih mengekalkan imej agama mereka, disebabkan mahu dilihat lebih alim dari UMNO, hakikatnya? HAPRAK!!

Namun di mata Mc, Pas sudah jadi parti HAPRAK! Kadang-kadang sedih juga Mc lihat Pas macam ni, disebabkan Anwar dan Dap, Pas terus berubah haluan menjadi lebih 'ranggi' dari UMNO. Maknanya Pas sekarang lebih advance dari UMNO. Sanggup buat apa saja demi kuasa politik. Bila Pas dah ikrar macam tu, maknanya Pas setuju, Malaysia dijadikan negara sama rata seperti cita-cita Anwar dan Dap.

Apakah Melayu Islam tidak nampak ini seperti satu bencana jika Pakatan Rakyat Menang kelak?

Penyokong Pas tetap taksub, jangan risau, mereka ini bebal dan kebal dari sebarang berita. Kitab rujukan hanyalah Harakah, Suara Keadilan dan Roket, sebab itu mereka menjadi kebal dan bebal untuk mempercayai mengenai apa yang kita tulis dan apa yang mereka terbaca tentang pemimpin mereka.

Bukti Pas tidak mengutamakan Islam lagi boleh kita lihat dalam parti Pas sekarang. Kebanyakkan didominasi oleh puak berkiblatkan Anwar. Sehingga jawatan presiden Pas kekal pun kerana beliau dilihat memihak pada Anwar pada akhir-akhir ini.

Itu maknanya, siapa sokong Anwar dia akan berkuasa, siapa memilih Islam atau Ulama dia akan kecewa. Apakah itu parti Islam sebenar, apabila ahli-ahlinya sanggup ketepikan Ulama untuk terus berkuasa? Itu bukan parti Islam, itu parti dagangan Islam.

Bila modal Islam boleh dijual, merekalah juara, bila Islam sudah tak laku diniagakan, mereka menjadi juara kebajikan untuk rakyat semua.

Tekad untuk berkuasa, Pas sanggup melacurkan tunjang agamanya. Dimana Islam di mana Ulama? Mereka hanya dagangan Pas untuk berniaga.



P/s: Pas betul-betul haprak!!..

McTheory:
Hakikat sebenar Parti Pas hanyalah pelacur politik!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya masih ingat dulu betapa puak-puak PAS ini secara terbuka mengkafirkan orang UMNO yang katanya menolak negara Islam ... imam lantikan kerajaan BN di tolak ...terjadinya sembahyang dua imam... pulau memulau sesama saudara ... sembelihan orang UMNO dikata haram ... semua itu terjadi kepada keluarga saya ... kampung saya yang kebetulannya majoriti orang UMNO ... nah sekarang apa pulak hujah mereka untuk temberang masyarakat ... puak mereka mungkin sudah buta dan pekak ... tetapi kami yang celik ni tak sabar lagi mahu mendengar temberang mereka selepas ini ... Allah maha berkuasa ... semua dibogelkan ketika puak-puak yang menuduh kami dulu masih hidup ... sehingga kini disetengah tempat di negeri Kedah masih berlaku pemulauan ini ... Semoga Allah menyalamatkan bumi Malaysia ini dari Golongan munafik akhir zaman ... golongan yang telah Rasulullah sebutkan ribuan tahun dahulu ... sekarang benar-benar berada didepan mata ... kepada seorang YB PAS Kedah yang juga saudara kami ... tak sabar lagi kami nak dengar apa lagi hujjah yang akan menghalalkan haluan baru PAS ini ....

Dot berkata...

"Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi."

HAR! HAR! HAR! HAR! HAR!

persamaan dgn kata2 khalipap lim guan eng...negara kebajikan!!!

semua dah terbukti pas parti politik yg nakkan undi & duit semata2!!!

kalau kata nak negara kebajikan, dah lama BN buat! tak payah nak kunun2la...dari A-Z, semua BN dah buat: masjid2, jalan2raya, rumah2 rakyat, hospital2, sekolah2, taman2 permainan kanak2, kawasan2 rehat & rekreasi, klinik2, balai2 polis, balai2 bomba, pejabat2 pos, khidmat air, elektrik, kumpulan wang simpanan pekerja utk pencen, tabung haji nak pi mekah, segala mcm jabatan2 yg orang ramai boleh dapatkan bantuan & pertolongan.. cakapla apa lagi yg kerajaan BN tak buat????

pas buat apa? kebajikan apa bagi ahli? kutip duit dari ahli adala... bukan setahun sekali mcm umno tapi tiap2 hari & malam bila berceramah!
pastu pergi mana duit2 tu semua?

MASUK POKET PENCERAMAH2 & BALACI2 MRK!!!! TU YG KADANG2 BANYAK SGT KOPIAH, BEG PLASTIK, KOTAK2 & BALANG2 DERMA BEREDAR DI KALANGAN PENONTON, PENDENGAR, PENYOKONG, PENCACAI, PENSIMPATI CERAMAH!!!

ADOYAI! KALAU DIPERSOALKAN MANA PERGI DUIT2 TU SELAMA NI, BOLEHKA MRK MENJAWAB????

JAWAB! JAWABLA!

KALAU ASYIK BERCERAMAH, HENTAM SANA, HENTAM SINI, RENTIKANLA..TAK ADA PAHALA SIKIT HABUK PUN! PERBUATAN MEMPERKECIL2KAN JASA KERAJAAN NI TAKDAK DLM ALQURAN PUN...SEPATUTNYA ORNG2 PAS BERTERIMAKASIH KRN BOLEH HIDUP AMAN MAKSMUR & BERCERAMAH SABAN HARI & MALAM...APA YG PAS BUAT SELAIN BERCERAMAH?

JAWABLA! JAWAB!

tebing tinggi berkata...

Sah PAS , parti ajaran sesat

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama...
saya pun org kedah...dan saya pun masih ingat bagaimana puak2 pas ni mengkafirkan org yg menyokong umno....seperti saudara, keluarga saya pun terkena jgk....tapi skrg, dah jadi lain...demi kuasa dan tekad utk tumbangkan umno....puak2 pas ni pun sanggup bersekongkol dgn org2 kafir...malah bersahabat baik.....tiada lagi negara islam dan hudud....pas parti yg sesat