Mc sekarang berada dipameran buku KSL JB. Menarik pula melihat buku dua tokoh negarawan disusun bersama seolah-olah bertembung disini. Tun Dr Mahathir negarawan melayu terulung dan LKY merupakan idola pemimpin kaum cina.
Kedua-duanya merupakan seteru panas dan mempunyai zaman kegemilangan masing-masing. Tak dinafikan kaum melayu kebanyakkan mengangkat Tun Dr M sebagai negarawan dan pemimpin tersohor begitu juga LKY yang amat disanjung oleh cina Singapore dan juga Malaysia.
Mc difahamkan kedua-dua buku mendapat sambutan yang hangat dari sejak ia diterbitkan. Namun apa yang menyedihkan Mc, pameran buku ini hanya dipenuhi oleh kaum cina sahaja, kalau ada melayu hanya beberapa kerat. Apakah orang sudah kurang minat membaca? Atau kebanyakkannya sudah terlalu pandai untuk mencari ilmu dengan membaca? Tepuk dada tanya selera. Teringat pesanan ayahanda Tun Dr M, yang sangat mengalakkan kaum melayu membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan. Hingga sanggup membuat kempen membaca pada zaman pemerintahannya dulu. Hmm..
Mctheory:
Orang cina rajin membaca, yang melayunya? Fikir la sendiri..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
1 ulasan:
mcm mana melayu nak g pameran buku dekat situ.kedai dekat KSL pon majoriti kedai cina.masa pameran buku dekat PWTC boleh tgk berapa ramai melayu yg pergi.
Catat Ulasan