Sabtu, 4 Jun 2011

LAYANN.. XMEN FIRST CLASS.. MELETOP!!



Hari ni kita layan santai. Malas nak sentuh bab politik. Malas nak ulas bab muktamar Pas yang sememangnya geng taik Anwar menang semua jawatan. Kiranya hari ni malam ni Mc nak ulas bab filem X-Men. Pada sesiapa yang minat X-Men pasti tertunggu-tunggu filem X-Men First Class ni kan. Pada yang tak minat, Mc suruh pi main jauh-jauh sikit, sebab nanti menganggu pulak. he he he..

Filem ni sedutan permulaan kisah X-Men, pada pengikut filem X-Men, tentunya mahu mengetahui bagaimana bermulanya permusuhan diantara Profesor X (Charles) dan Magneto (Erik).

Ceritanya best juga, banyak action. Tentu kita tak menjangkakan bahawa Erik dan Charles ni sebenarnya pernah menjadi kawan karib dan berjuang bersama-sama. Hinggalah pada salah faham mengenai tujuan perjuangan mereka menjadi punca pepecahan diantara kawan baik itu.

Jangan kata negara saja berpolitik. Di antara kawan-kawan pun ada jugak.

Filem ini juga menceritakan bagaimana Charles dan Erik bekerjasama mencari semua mutan dibumi untuk dikumpul dan mengajar mereka cara mengunakan kebolehan masing-masing. Dalam filem ini anda akan mengetahui siapa yang mencipta perkakas peperangan X-Men, baju X-Men dan Celebor mesin yang selalu Profesor X gunakan untuk mengesan mutan.

Nak tahu macam mana Profesor X boleh lumpuh, bagaimana bermulanya permusuhan diantara Magneto dan manusia serta Profesor X dan bagaimana X-Men ditubuhkan, sila tengok filem ini. Mesti puas hati!

P/s: Siapa sangka Mystic tu awek profesor X pada masa zaman muda-muda..

McTheory:
sekali sekala, tenangkan otak layan movie pun ok jugak..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bkn awek dia la...adik angkat dia