Isnin, 27 Jun 2011
KASI PANAS!! I.S.A KAN BERSIH 2.0! JANGAN CAKAP SAJA, BUAT LA WOII HISHAM!!
HULU SELANGOR Jun — Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.
"Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah(JI)... sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti dieksploitasi pihak tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini. - Bernama
Rakyat Malaysia sudah bosan dengan Menteri KDN yang tak aktif ni. Mc menyokong kata-kata ramai yang mahu tempat Hishammuddin digantikan dengan tempat yang lain.
Nak kata takdak report, dah beribu report dah dibuat. KDN tunggu apa lagi? Suara rakyat meminta penganjur Bersih di tahan dan mahu keamanan negara dikekalkan.
Nak tunggu porak peranda baru nak ambil tindakan ke?
Cegah sebelum parah!
McTheory:
ISA kan puak penganjur BERSIH yang derhaka pada YDP Agong ni!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kalau tak mahu negara porak peranda....buat operasi LALANG 2.ISA kan semua...tidak kira pemimpin parti kerajaan atau pembangkang atau NGO sokong kerajaan atau NGO sokong pembangkang.Hatta kalau PM sendiri pun kalau difikirkan bahaya kepada keamanan negara....isa kan dia.Tapi sya rasa geng2 PR yg bahaya terutama DAP.Cegah sebelum parah.Buat Hisham!Jangan takut hilang pengaruh.perkara yang baik akan diberkati Allah.
Catat Ulasan