Isnin, 20 Jun 2011

KISAH KURANG MENARIK MENGENAI UMNO JB..

Edisi kukuhkan UMNO!!

Kadang-kadang kita perlu menegur perkara buruk yang dilakukan oleh saudara-saudara kita, semata-mata untuk menyedarkan dirinya daripada terus terhanyut dibawa arus.

Begitu jugalah dengan tulisan Mc kali ini.

Mc nak tegur seorang Executive syarikat pembinaan yang agak terkenal di Malaysia dan dibahagian selatan ni dia dilantik sebagai 'kepala besar' untuk menguruskan projek pembinaan syarikat terbabit. Syarikat ini berkepentingan besar dalam pembangunan wilayah Iskandar Johor Bahru.

Mc pernah bertemu dengan dia beberapa kali. Orangnya baik, ramah dan memang sesuai menjadi kawan. Malah orang besar macam dia ni tak sombong dan boleh bergaul mesra dengan orang biasa macam Mc ni. Mc memang respect jugalah melihat kelakuan dia yang macam tu.

Malah apa yang Mc dengar dia ni suka tolong orang susah. Kalau ada orang yang benar-benar dalam kesusahan, pasti dia akan membantu.

Namun begitu, Mc tak berapa suka dengan cara hidupnya. Dia orang kaya, duit macam air masuk dan macam air juga keluar. Bila masa dia nak enjoy, dia ni tak fikir lagi dosa dan pahala. Air kencing syaitan tu berbotol-botol boleh ditelannya. Betina jangan cakap la, sekurang-kurangnya mau ada dua, kepit kiri kanan.

Macam ayat kebiasaan yang dia selalu cakap, "lagi banyak tetek, lagi bagus".

Mula-mula Mc tak berapa kisah sangat dengan orang kaya macam ni, sebab kalau kita tegur dia pun, umpama menyimbah air ke daun keladi. Tapi bila Mc dengar dia ni merupakan ahli UMNO Johor yang berjawatan, Mc rasa terpanggil untuk menegurnya dari jauh. Sebelum aktiviti busuk dia ni dapat dikesan oleh puak pembangkang, lebih baik Mc yang tegur dia dulu.

Kalau tak boleh berdepan, dalam blog pun ok jugak. Kalau dia baca la, kalau tak baca apa boleh buat.

Kalau benar dia nak jadi baik dan insaf, Mc sudi jadi pembimbing untuk dia insaf. Baliklah ke pangkal jalan. Bini dah dua, anak dah selori, insaf-insaf la kawan.

McTheory:
nama dan jawatan dirahsiakan, takut puak sebelah sana buat modal hentam kita balik..

Tiada ulasan: