Jumaat, 24 Jun 2011
KONSENSUS MP BEBAS SOKONG DATUK T DIDAKWA UNTUK SERLAHKAN KEBENARAN!!
Oleh Roslan Bian
Pendakwaan dan perbicaraan babitkan Trio Datuk T diharap dapat mendedahkan siapa sebenar lelaki dalam video seks yang sebelum ini heboh bahawa yang melanggan pelacur China itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil menyokong tindakan mendakwa trio berkenaan, Konsensus ahli parlimen Bebas mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana selesai menyiasat kes itu dan menghadapkan ketiga-tiga mereka yang mendedahkan video itu kepada umum.
Jurucakap kumpulan itu, Datuk Seri Zahrain Hashim memberitahu Agendadaily, dakwaan terhadap Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim bukti jelas mereka tidak dilindungi kerajaan seperti dakwaan Anwar.
Ketiga-tiga mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret pada Jumaat berkaitan tayangan video itu kepada pengarang media beberapa bulan lalu.
Menurut Zahrain, tindakan memang perlu diambil terhadap semua pihak terbabit.
“Bagi rakyat pula, apabikla kes itu dibicarakan, mereka akan tahu kebenaran dan siapakah pelaku dalam video itu,” katanya.
Sementara itu, Datuk Zulkifli Noordin yang juga ahli parlimen Kulim Bandar Bharu berkata, polis atau pendakwaan kean buktikan video itu adalah bahan pornografi.
“Maksudnya mesti ada lelaki, wanita dan perlakuan. Dengan mendakwa ketiga-tiga mereka, semua terbabit dalam video akan member keterangan,” katanya.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula percaya, wanita atau pelacur China yang dilanggan oleh lelaki dalam video itu akan member keterangan serta mengenalpasti siapa lelaki terbabit.
Anwar sebelum ini menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya dan sudah membuat laporan polis.
Kontroversi video seks ini bermula 21 Mac lalu, apabila sekumpulan wartawan dipelawa menonton rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di ibu kota oleh sekumpulan lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.
Malah, Eskay pada 29 April lalu melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bahawa beliau bersama Anwar berada dalam paparan video seks itu.
Manakala Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pula mencabar Anwar supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan jam tangan Omega kepada polis sebelum perhimpunan pada 9 Julai ini bagi membersihkan nama beliau.
Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini.
“Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu,” katanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan