Jumaat, 24 Jun 2011

PANAS!! KESIAN ANWAR.. SUDAH GILA RUPANYA!!


Oleh: Ben Mustaffa

Akhbar suara Keadilan 21 Jun 2011 dengan bangganya menyiarkan kenyataan Anwar di muka depan bahawa Pakatan Rakyat hanya memerlukan 5% lagi sokongan untuk sampai ke Putrajaya. Katanya lagi, PR memerlukan 51% undi popular kerana kejayaan meraih 51% akan menafikan hak mereka berikutan penipuan undi oleh SPR dan BN.

Semakin hari cakap-cakap Anwar semakin berbunyi bagai tidak siuman. Hanya orang yang tidak siuman yang mampu terus berbohong dengan penuh yakin walaupun hakikatnya dia telah terkantoi. Hanya orang yang tidak siuman yang boleh berjalan ke hulu ke hilir walaupun satu dunia telah melihatnya berbogel dan melakukan perbuatan terkeji. Walaupun masih ada yang percaya bahawa video seks adalah palsu, tetapi lebih ramai yang percaya bahawa ianya tulen dan pelakonnya adalah Anwar. Tetapi Anwar tidak malu, tidak berganjak dan masih percaya dia memenangi ‘pertempuran’ ini sedangkan dia sebenarnya telah kalah sepenuhnya. Sama ada di mahkamah mahupun di mata umum, Anwar sudah tiada ‘harga’ lagi pada sesiapa jua.

Bukan Anwar tidak tahu yang di dalam PAS sendiri begitu ramai yang menganggapnya liabiliti termasuk pemimpin-pemimpin PAS sendiri kerana ramai yang tahu siapa dirinya yang sebenar. Kerana inilah maka Anwar telah bertindak ‘menghijack’ PAS bersama-sama dengan DAP dengan memastikan kemenangan orang-orang yang menyokongnya sahaja di dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Anwar juga tahu, partinya sendiri bukan sahaja berada di tahap nazak, tetapi sudah mati. PKR kini bagaikan mayat hidup (zombie) yang merayau-rayau cuba ‘memakan’ otak orang ramai. Malah anak isteri Anwar sendiri juga sudah ‘tiada hati’ terhadapnya tetapi sudah terlalu jauh terlibat dan terpaksa nekad untuk meneruskan perjalanan ke arah kemusnahan.

Yang ‘mengikat’ orang-orang PKR kepada Anwar hanyalah wang. Yang mengikat DAP kepada Anwar pula ialah salahlakunya yang merupakan aset terkumpul bagi DAP untuk membonekakannya. Dan yang mengikat PAS kepada Anwar, adalah kebodohan mereka sendiri.

Tanpa wang yang banyak, Anwar pasti sudah lama keseorangan. Jika wang ini habis, PKR pasti berkubur secara rasmi. Jika dia dipenjara, DAP juga pasti akan memalingkan muka darinya lalu akhirnya puak-puak PAS yang bodoh yang selamanya pak turut dan akan turut meninggalkan Anwar.

Persoalannya, kenapa semakin ramai yang berpaling muka dari Anwar? Tidak lain tidak bukan kerana Anwar sudah terlalu banyak kali kantoi menipu.

16 September adalah penipuan yang paling agung yang dibuat oleh Anwar. Sudahlah menipu, dia juga tidak malu mengumumkan taktik kotor untuk menjadi kerajaan melalui jalan belakang, iaitu ‘membeli’ ahli-ahli parlimen BN.

Sedar atau tidak, seringkali Anwar menipu menggunakan angka, contohnya, dia memberi jangkamasa seminggu atau sebulan atau tarikh tertentu untuk menyelesaikan masalah rakyat sepertimana yang dilakukan terhadap orang-orang kampung Buah Pala, Pulau Pinang dan isu cat Padang Tembak. Dan kali ini dia juga menggunakan angka iaitu 5% untuk sampai ke Putrajaya sedangkan hakikatnya, dia telah 95% berada di penjara.

Anwar telah menipu tidak mengenal Datuk Eskay ketika skandal video seks mula-mula terdedah tetapi akhirnya mengaku mengenali malah rapat dengannya. Anwar juga telah menipu punya alibi dalam kes liwat Saiful tetapi langsung tidak mengemukakan alibinya kepada mahkamah walaupun diberi peluang membela diri. Malah, Anwar terlebih dahulu menipu tidak ada di bangunan kejadian sehinggalah CCTV mendedahkan kehadirannya.

Nampaknya, hampir tidak ada satu pun dalam diri Anwar adalah benar kecuali kerakusan nafsunya terhadap seks, wang dan kuasa. Dia boleh menipu dengan penuh yakin lagi sombong. Dan walaupun sudah berkali-kali kantoi, dia tidak malu kerana ada saja orang-orang yang buta dan pekak yang tetap akan percaya kepadanya. Dia tidak malu kerana dia mampu mengupah orang untuk terus menyokongnya. Dia tidak malu kerana tahu ada puak yang sanggup bekerjasama dengannya untuk kepentingan mereka.

Namun, hakikatnya adalah pasti dan tidak boleh diubah iaitu, Anwar tahu yang dia tidak dapat lari dari keadilan dan kerana itulah dia merancang demonstrasi dan rusuhan melalui Bersih untuk meruntuhkan kerajaan sekali gus mentabalkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan membuang kes liwatnya jauh-jauh.

Anwar boleh menipu orang lain, tetapi dia tidak boleh menipu dirinya sendiri. Jauh di sudut hatinya, dia sudah gabra, sudah panik. Harapannya hanyalah pada Ambiga…

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu sebabnya terlalu penting bagi anwar untuk jadi PM supaya dia boleh menghakis kekayaan negara dan membayar balik sponsor2 dia... anwar sudah tak relevan... hanya orang yang bodoh ajer yang mempercayai kata2 kosong dia... anwar adalah conman yang paling besar...