Jumaat, 3 Jun 2011

PANAS!! BARUA ANWAR MULAKAN KEMPEN MAT SABU!!


Mereka mengelarkan Tuan Ibrahim Tuan Man dan ustaz Nasaruddin sebagai Ulama 'jenama' sahaja. Maknanya team Ulama dalam Pas adalah hanya untuk gelaran dan bukan personaliti. Jenama Ulama yang dibawa oleh Team Ulama Pas hanyalah satu produk yang mudah untuk dijual kepada orang ramai. Sebab itu team Ulama ini memakai gelaran ulama.

Apakah ini bukan satu penghinaan kepada Team Ulama Pas yang diketuai oleh Ustaz Hadi?

Malah menuduh Ulama ni golongan penjaga harta orang kaya juga merupakan satu penghinaan dalam diam. Teruk benar tulisan si Hisham Rais ni.

Tulisan Hisham Rais sebenarnya satu propa untuk sokong Mat Sabu yang jelas diangkat sebagai pejuang orang miskin.

Nak tanya sikit, berapa banyak duit Mat Sabu bersedekah untuk orang susah? Adakah penubuhan rumah anak yatim atau rumah kebajikan untuk rakyat yang diselia oleh Mat Sabu?

Mat Sabu bukan orang susah. Dia pun banyak duit, tetapi setiap ceramah, duit derma jihad tetap dikutip. Jika benar dia mewakili orang miskin, orang susah, kenapa dalam setiap ceramahnya, dia hanya mengutuk UMNO? dan kemudian meminta derma?

Apakah dengan mengutuk UMNO orang miskin akan kaya?

Apakah dengan bercakap, ekonomi orang Melayu akan dijaga?

Malaysia negara makmur aman dan bebas, siapa rajin dia kaya, siapa malas tanggung la sendiri.

Pada siapa nak baca tulisan Hisham Rais ni boleh sini. Banyak lagi tulisan yang menyokong Mat Sabu, tapi ini paling berlapik dan autanya lebih. Sebab tu Mc ulas yang ni.

Mat Sabu bukanlah pemimpin membela rakyat, malah dia mengunakan rakyat untuk kesenangan diri. Imej Mat Sabu sudah pun kotor dan tercemar, apakah ini pemimpin pilihan ahli Pas?

P/s: mat sabu.. dengan nama pun dah naik tepu..

McTheory:
Asal tentang UMNO saja, semuanya baik belaka..

1 ulasan:

Unknown berkata...

Lpas ni PAS boleh la dijenamakan semula sebagai PKR junior.

Nak tahu pasal perangai buruk orang kuat Nurul Izzah? Boleh baca di sini:

http://apakecoh2.blogspot.com/