Isnin, 6 Jun 2011

PANAS!! LAPORAN POLIS KEPADA AJK MASJID JELUTONG!!

GEORGETOWN - Seorang penduduk kawasan Jelutong membuat laporan polis terhadap jawatankuasa kariah Masjid Jelutong yang didakwa cuba mengelirukan orang ramai menjelang Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang 2012-2013.

Shaikh Faisal Shaikh Fuad, 34, berkata, perkara itu disedarinya apabila mendapati terdapat satu poster yang diletakkan di Masjid Jelutong yang dipercayai dikeluarkan oleh jawatankuasa kariah itu untuk meraih undi bagi pihak tertentu mengekalkan jawatan.

Menurutnya, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengeluarkan poster rasmi yang lengkap kepada setiap masjid namun ada usaha pihak tertentu mengeluarkan poster lain yang memaparkan maklumat bercanggah dengan ditetapkan oleh majlis.

“Mereka bukan sahaja menggunakan logo MAINPP tanpa kebenaran tetapi maklumat yang disiarkan juga bercanggah iaitu berkenaan syarat umur untuk menjadi calon AJK kariah yang ditetapkan majlis.

“Mengikut syarat yang ditetapkan MAINPP sesiapa yang mahu menjadi AJK kariah masjid mesti berusia 21 tahun ke atas namun dalam poster itu menetapkan calon berumur 18 tahun ke atas,” katanya ketika ditemui media di luar Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, semalam.

Shaikh Faisal berharap polis menyiasat perkara itu supaya tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa dalam Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang 2012-2013.

My Penang Online

McTheory:
Ni mesti kerja orang Pas ni!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang hebat DAP nih... diaorang tahu yang pengundian AJK masjid akan memecahbelahkan lagi umat Islam... tapi Melayu kita tak sedar akan agenda jahat DAP... kenapa lar kita tak bersuara menentang polisi demikian... sedih... sedih...

Tanpa Nama berkata...

Nak menentang polisi apa bro..dah kena pening pesta daging babi salai...telan saja lah bukan slah orang lain warga Penang juga bagi undi kat DAP...tak cukup undi PRU kat masjid pula main undi...padan muka warga Penang...

Kudin Ajmal berkata...

Seluruh ahli kariah hendaklah boikot pilihanraya AJK masjid !!!

potonglancau berkata...

Seluruh ahli kariah hendaklah boikot pilihanraya AJK masjid !!!