Tak sudah-sudah kita dengar masalah diantara ahli majlis pembandaran yang dilantik oleh kerajaan negeri merosakkan dan menjahanamkan wang Majlis dengan salahgunakuasa mereka. Baca artikel yang Mc ambil blog Horas!
Majlis Perbandaram Kajang (MPKj) pun tak terlepas daripada dibalun secukup-cukupnya oleh ahli majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor. Menurut sumber Horas!, MPKj ketika ini terpaksa menyediakan jutaan ringgit akibat sikap ahli-ahli majlis yang sewenang-wenangnya menberikan kontrak kepada kontraktor yang menjadi kroni masing-masing.
Kalau ada laporan mengenai kerosakan kemudahan awam atau sebagainya yang memerlukan kerja-kerja membaik pulih, tak sempat juruteknik MPKj datang melihat keadannya...ahli majlis dah terpacak sampai dulu membawa kontraktor mereka sendiri. Kontraktor akan diminta melakukan kerja-kerja pembaikan. Harga sudah pasti dihentam sesedap rasa.
Kata sumber lagi, kebanyakan kerja-kerja yang dijalankan atas arahan ahli-ahli majlis terlibat dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya. Malah hingga kesatu tahap, kerja-kerja berkenaan langsung tidak difailkan.
Nampaknya ahli majlis kajang ni dah buat Majlis Pembandaran tu serupa mak bapa dia yang punya. Ambil wang sesuka hati, claim wang sesuka hati. Dulu puak-puak ni yang dok kata UMNO rasuah, UMNO kroni, bila masa bagi mereka perintah. Habis lingkup duit rakyat mereka bedal.
Kononnya kerajaan Selangor wujudkan Selcat untuk membendung semua kesalahan ini, di mana Selcat? Baca komen dibawah, he he he..
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang ditubuhkan kononnya untuk membuktikan ketelusan dan mengelak sebarang penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Haprak tak ubah macam 'punai' mati pucuk yang tak mampu melakukan apa-apa.
Nampaknya semua sistem dan peraturan yang kononnya dulu dicipta untuk membendung salah laku hancur dan longlai begitu saja, umpama punai yang mati pucuk. Cuma tinggal satu punai yang masih gagah hanyalah kepada umpunya diri si Punai Sehat Selangor iaitu Anwar Ibrahim. he he he..
P/s: masih sakan merobek kunyit muda dan kebun-kebun china doll..
McTheory:
Majulah Pakatan Selangor melingkupduit rakyat!! majulah..
5 ulasan:
tp zaman umno pun sama jugak..tgk jr menteri besar n9 tu sekarang...rasanya semua bagi kroni adik beradik lagi..abg dia sendiri pun menteri besar kontractor...naper tak lapor..melayu aduhai..letih...sama jer.tp yg untung cina melayu gak rugi...jgn kelentong la..cuba tnya kontrak gali pasir sapa dapat kt n9
tanpa Nama, kalau dah UMNO buat, kenapa Pakatan nak ikut buat juga? Kata nak jadi lebih baik dari UMNO. Nampaknya bukan jadi lebih baik, tapi lebih teruk. Kalau macam tu baik pilih UMNO je, sebab nampak juga hasilnya dari tak nampak langsung.
Zaman UMNO dulu korek pasir 6 kaki je dalamnya sekarang zaman PR 600 kaki macam nak gali lubang kubur KERAJAAN PR.... Mudah2an dimakbulkan.
Zaman UMNO dulu korek pasir 6 kaki je dalamnya sekarang zaman PR 600 kaki macam nak gali lubang kubur KERAJAAN PR.... Mudah2an dimakbulkan.
Mcthory nm pon nama kafir. Aku cabar kau...poliskan ke bwh ketiak umno? Sprm pon bwk telunjuk umno? Knp sorang pon ahli mjljs xkena tangkap? Klau betol2 ahli majlis rasuah...xsampai sehari dah kena siasat. Ni fitnah jahat...dia ckp apa yg dia (umno) buat dulu. Hatta 80% kobtraktor mpkj org umno haprak. Dpt kje xamanah. Klaim penuh...kje xbuat. Lps tu ambik gmbar sampah xangkat...rumput xpotong salahkan yb, ahli majlis. Hello kntraktor umno...mkn lah duit haram tu...jadi lah haram jadah....x pk ke lps ni akan mati? Takutlah kpd ALLAH
Catat Ulasan