disebalik negara kebajikan!! |
Sekarang ni puak Pas dok sebok promote negara kebajikan. Sana-sini dok canang kebajikan tu kebajikan ni. Tapi apa yang Mc nampak, kebajikan puak-puak ni dok kata takat mulut saja la. Bukti puak Pas ni buat kebajikan haram takdak pun. Nak kata Pas ada buka rumah kebajikan? Rasanya takdak, nak kata Pas ada tabung untuk bantu rakyat miskin, Mc rasa tabung untuk ceramah dan tabung untuk pilihanraya ada la. Tu pun semua masuk tekak sendiri.
Berapa kerat rakyat Malaysia yang pernah dibantu oleh Pas? Rakyat Kedah dan Kelantan mungkin la, tapi itu pun kebajikan kalau ada bencana alam, bagaimana pula dengan bantuan rakyat termiskin? Rasanya kat Kelantan dan Kedah pun masih ramai rakyat miskin. Pernahkah kerajaan Pas Kedah dan Kelantan bantu rakyatnya yang miskin? Berapa banyak rumah kos rendah yang telah dibuat? Apa yang kerajaan Pas rancang untuk bantu rakyat berpendapatan rendah bagi meningkatkan ekonomi?
Rasanya langsung takdak kot..
Apa yang kita nampak hanyalah kebajikan rakyat pada Pas. Bila ada ceramah, mesti ada tabung derma. Kononnya majlis amal bagus menderma. Amal pala otak apa, kalau ceramah penuh dengan fitnah dan maki hamun tu bukan majlis amal. Itu menambahkan dosa. Nak pilihanraya pun Pas minta duit dari rakyat, nak demotrasi pun Pas minta duit dari rakyat, nak perang saraf bayar cybertroopers pun sapu duit rakyat.
Ini siapa yang jaga kebajikan siapa?
Pas jaga rakyat ka, rakyat jaga Pas?
Belum jadi kerajaan, dah asyik sapu duit rakyat. Pantang ada peluang melintas, pasti BERSIH disapu oleh puak Pas dan Pakatan Haram. Orang macam ni yang kita nak haram dia jaga kebajikan kita?
Negara kebajikan untuk dia ka, atau untuk kita?
McTheory:
Atau negara kebajikan untuk Anwar??
2 ulasan:
salamun 'alaik saudara... saya tak kisah pandangan saudara terhadap pemimpin PAS tapi yang saya memg tak puas hati adalah tagline saudara yang mengatakan politik bukan agama. ini adalah salah kerana politik merupakan salah satu cabang agama dalam kehidupan yang sementara ini. ISLAM memang satu iaitu bukan agama semata2 tetapi SATU CARA HIDUP. cara hidup itu merangkumi semua kehidupan kita kan..??? Sebelum tue saya nak tanya saudara, apa yang saudara tulis nih berdasarkan pandangan saudara atau pandangan buruk orang lain.. Harap dapat jawab.. InsyaAllah... saya bukan nak bergaduh tapi hanya sekadar memperingatkan...
jika nak buat kebajikan, tak smestinya kena buat yang besar2 dulu... Pemimpin PAS hanya buat sekadar yang termampu. jika kerajaan pusat bagi royalti minyak, InsyaAllah, lebih ramai lagi yang akan dibantu,, kutip derma semasa ceramah adalah derma untuk membina madrasah, sekolah, bantuan dan lain2. jangan fikir PAS amik derma itu untuk mereka. lagipun, bukankah menderma itu digalakkan dalam ISLAM.. cuba saudara fikir, berapa kalikah saudara menderma hari ini, kelmarin??? jika menderma, bukankah dapat pahala di sisi Allah.. jangan pandang negatif sahaja.. Buat sekadar yang termampu daripada tak buat langsung, lebih teruk kan... lagipun, daripada dok kutuk2 camni, lbih baik post tazkirah2 agama, bukan apa, baru dapat pahala...Kerajaan UMNO/BN dapat membantu rakyat kerana dyorang ada duit.. lau banyak duit, maka banyaklah lagi sumbangan yg bleh diberi... cuba bayangkan saudara mempunyai RM10, mungkin saudara hanya akan beri 70 sen untuk sedekah pada org miskin kan... lau saudara ada RM 10,000,, mgkin lebih banyak saudara dapat sedekah.. itulah maksudnya berkebajikan... membantu sekadar yang terdaya. manusia bukan seorang sahaja di dunia ini,,, yg tak dapat, mungkin ALLAH belum bagi rezeki padanya lagi ataupun lambat kerana segala nikmat itu terletak di tangan ALLAH... wallahu'alam...
Catat Ulasan