Ahad, 5 Jun 2011

PERHATIAN!! ALIM ULAMA PAS DAN PENGIKUT MEREKA DIMINTA TINGGALKAN PAS!!



Pas menipu dan terus menipu. Kemenangan kumpulan taik Anwar dalam Pas, menyebabkan rasa tersisih kumpulan penyokong Ulama. Lihatlah betapa Agungnya parti Islam yang menolak Ulama. Mereka mengutamakan pemimpin yang berwajah erdogan dan sosialis dari pemimpin yang berkiblatkan perjuangan Islam.

Apakah Pas masih parti Islam, setelah ketepikan kepimpinan Ulamak?

Walaupun Mc tak berapa berminat dengan Ulama Pas ni, akan tetapi masih ramai Ulama Pas yang Mc hormati, contoh paling baik ialah Ustaz Harun Din Al Hafiz. Mc membesar dengan melihat ceramah-ceramahnya. Mc memang peminat beliau sehinggalah beliau menyertai Pas.

Mc tahu beliau menyertai Pas kerana beliau berselisih faham dengan Tun Dr Mahathir. Sebenarnya selisih tu sikit saja, cuma batu api banyak, tu yang jadi perkara serius tu. Bila beliau menyertai Pas, Mc pun sudah jarang melihat beliau berceramah. Mc banyak mengikuti ceramah dan tazkirah adik beliau Ustaz Hassan Din Al Hafiz.

Mc masih ingat ramai tok-tok guru dan Ulama besar menyertai Pas. Mereka menyertai Pas dengan harapan Pas dapat menentang UMNO yang kononnya tidak memperjuangkan agama Islam sebenar. Ketika itu, pada waktu itu, Pas begitu berlagak dengan hududnya, negara Islamnya dan melaung-laungkan daulah Islamiah kepada semua pengikut-pengikut Pas.

Ketika itu Pas lah parti Islam sebenar!!

Tok-tok guru agama dan Ulama yang menyertai Pas disusun mengadakan ceramah seluruh negara untuk melayu membenci UMNO kerana mempersendakan Islam. Betapa sengitnya persaingan agama mengenai perkara siapa yang lebih alim menjadi topik utama.

Ketika itu juga ramai Ulama dan bijak pandai Islam menyertai UMNO untuk mempertahankan kerajaan. Seperti Ustaz Jamil Khir, Dr Mashitah, Ustaz Firdaus dan beberapa orang lagi. Ulama UMNO diketuai oleh Tan Sri Hamid Othman yang juga penasihat Perdana Menteri dalam bidang agama.

Pepecahan melayu Islam semakin serius! Apabila Ulama Pas mengeluarkan fatwa 'haram' kepada UMNO! Bila keluar fatwa haram, maka terjadilah sembahyang jumaat dua imam. Kenduri dan sembelihan orang UMNO haram dimakan. Hidup berpuak-puak. Bahkan pernah keluar fatwa, masjid yang UMNO bina, tak sah sembahyang disebabkan  guna duit cukai yang bercampur dengan duit judi.

Punyalah Islamnya Pas pada masa itu!

Kenapa semua ini terjadi? Kerana Pas nak menunjukkan dia merupakan parti Islam sebenar dan UMNO tidak!

Sebab itu ramai Ulama, Tok-tok guru dan bijak pandai agama tertipu dan menyertai Pas. Kerana mereka ingat Pas masih perjuangkan agama dan keutamaan terhadap Islam. Namun kini ramai yang telah sedar, ramai yang sudah tahu bahawa selama ini mereka dipergunakan Pas, hanya untuk menarik sokongan umat Melayu Islam di Malaysia.

Sebelum ini Pas masih takut-takut untuk mengistiharkan bahawa kerjasama dengan Anwar dan Dap akan mengorbankan prinsip mereka. Takut Alim-Ulama lari keluar parti. Tetapi semalam semuanya sudah terbukti, Tuan Presiden Pas sendiri yang canang kepada semua. Tiada ragu, tiada kompromi, Pas memang sudah tersampuk Dap dan Anwar.

Negera Islam ditolak ketepi, negara kebajikan ciptaan Anwar dan Dap yang mereka puja sekarang.

Mc tersangatlah teringin untuk mengetahui apa pendapat dan pandangan Alim Ulama dalam Pas sekarang ni. Apakah mereka sudah ragu-ragu, atau masih setia jadi boneka palsu didalam Pas.

Jika sedar anda ditipu, tinggalkan Pas, Pas hanya untuk orang seperti Mat Sabu, Mahfuz dan Bob Lokman. Tiada ilmu tiada otak hanya bercakap!. Agama untuk dijual, Ulama hanya jenama!!.

P/s: Pas bukan lagi parti menegakkan Islam.. usah tertipu..

McTheory:
Tidak akan ada kebajikkan kecuali Islam yang memulakannya..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahnian MC atas pandangan dan lontaran yang menuntut kita sedar siapa itu PAS. Mereka usah macam-macam lagi. Arah dan hala tuju perjuangan mereka telah jelas kini. Mereka sendiri mengakui 'Negara ISlam' yang mereka jadikan matlamat dulu kini tidak lagi. Mereka dah sedar rupanya dalam Al-Quraan rupanya tak ada kata/konsep Negara ISlam itu. Apa yang ada hanya 'Negara Kebajikan'. Porahhhhlah wahai PAS!

Jelas dan nyata yang amat sangatbahawa PAS itu telah dan sedang melacurkan ISlam itu untuk tujuan politik semata-mata. Bubarkanlah PAS jika PAS tidak lagi tunjukkan perbezaannya dengan UMNO itu sendiri.

Perahlihan pegagan dan matlamat perjuangan parti PAS adalah manifistasi kompromi dan mengalah PAS kepada DAP dan PKR sahaja. Mereka tahu, hanya itu dapat menyenagkan hati teraju komponan PR (DAP & PKR) lantaran PAS itu hanya PENCACAIIIII......

APa itu pandangan yang salah?

Tanpa Nama berkata...

kata la apa nak kata...
aku dah jadi No.2 Parti IslAm Semalaysia...
hahaha...
hahaha...
hahaha...
yeahhhhhh
yahoooooo

xpayah nak cong la...
aku tetap berjaya...
matsabu sudah berjaya
menangkis segala tohmahan
lawanku semua dah keterpedaya
memang tak boleh lawan

matsabu sudah berjaya
menyingkir ulamak katak
orang ikut apa aku kata
memang penyokong haprak

matsabu sudah berjaya
timbalan hadi dalam parti
aku akan menjadi kaya
luar islam DAP dihati

matsabu sudah berjaya
nik ajis akan terbatuk
walau aku dia tak percaya
aku gelar dia najis tok

matsabu sudah berjaya
lim guan eng jadi bangga
sebab aku akan bersama
dalam merobek nasib bangsa

matsabu sudah berjaya
anwar amat gembira
kerana aku akan merangka
camne nak keputrajaya

matsabu sudah berjaya
karpal sign jadi gagah
kerana agenda mula dibina
moral negara akan rebah

matsabu sudah berjaya
penyokong akan disogok
bersiap segala jentera
kita akan mulakan mogok
mogok ke klcc
mogok naik lrt
mogok naik rapid kl
mogok naik komuter
mogok naik proton
mogok ke sekolah
mogok ke masjid
mogok ke kl tower
mogok masuk spital
mogok masuk leburaya
mogok masuk langkawi
pasal semua tu BN yang adakan
kita jugak perlu
mogok masuk asap je...
tiba masanya kita
bikin masuk duit la pulak
tunggu hotel perdana siap
kita tempah bilik 121
kenangan bersama norma
fuhhh...jijah cemburu
ishhh...bawak dua-dua la
hahaha..hahaha...hahaha
matsabu sudah berjaya...
takebeer...untuk guan eng dan karpal
take to sel... anwar
take care untuk semua melayu
take more duit,
harta,
kekayaan..untuk ku yg bergelar
matsabu sudah berjaya

Tanpa Nama berkata...

Wow komen yg mnarik.