Rabu, 29 Jun 2011

PUNG PANG PUNG PANG!! AKHIRNYA DATO LATT SENDIRI YANG BERSUARA!! aku juga yang kena!


Bedebom bedebang bedebum bedebang, akhirnya Mc juga yang kena (padan muka aku). Sebenarnya Mc ni umpama orang tengah. Mc tak masuk sebelah sapa pun, sebelah sini takdak, sebelah sana pun takdak. Terima kasih pada semua rakan blogger Kedah yang membuktikan betapa prihatinya mereka mengenai isu ini.

Kepada blogger JKKKKSS, Duke, Aloq Staq dan memba-memba lain yang Mc tak sebutkan nama. Isu ini juga membuatkan kotak email Mc sentiasa berbunyi, malah membuatkan sudah menjadi tempat aduan UMNO Bahagian yang bermasalah. Insyallah Mc akan cuba follow up satu persatu.

Betul cakap Dato Latt bahawa Mc hanya mendengar dari sebelah pihak, malah cerita yang disampaikan pula dengan penuh yakin dan Mc percaya. Itulah silap Mc. Mc pula jenis pantang dengar Ketua Bahagian malas buat kerja, dengan penuh yakin terus Mc menghentam. Akhirnya Mc yang kena hentam. heh..

Takpa Mc juga manusia biasa, kadang-kadang kita buat salah jugak.

Untuk membuktikan Mc ikhlas untuk membantu UMNO Kedah berjuang menentang Pas Kedah dibawah jentera Ostat Azizan. Mc menyiarkan komen Dato Latt Shariman. Sila baca dibawah,

Terimakasih di atas beberapa pandangan menyokong dan mempertahankan kerja buat Umno Bahagian Kuala Kedah. Bagi saya pandangan jurublog Kedah ke KL telah jauh menyimpang dari fakta sebenar kerana kemungkinannya mendapat maklumat dari 'sumber yang sangat boleh dipercayai' yang tidak berapa boleh dipercayai sangat. Walaupun blogger tidak menyebut Bahagian mana yang dimaksudkan, jelas bahawa bayangan yang diberi tertuju kepada Umno Kuala Kedah oleh kerana disebut ‘bekas Parlimen Md Sabu’ (cuma Kuala Kedah sahaja). Saya terpanggil untuk mempertahankan diri kerana tuduhan yang dilemparkan menyentuh peribadi dan membina sangkaan buruk terhadap saya dan ahli jawatankuasa Bahagian lain yang tekun bertungkus-lumus selama ini. Maka menjadi persoalan saya tentang motif penulisan tersebut dibuat dalam bentuk dan rupa persembahannya.


Saya menjemput blogger dan rakan-rakan lain melayari blog saya dan Umno Bahagian di www.lattshariman.blogspot.com dan www.1umnokualakedah.blogspot.com untuk mengikuti perkembangan aktiviti kami di kawasan. Alhamdulillah, blog kami sentiasa dikemaskini dan dipenuhi dengan laporan ringkas aktiviti yang diadakan setiap minggu. Kerap kali juga aktiviti masyarakat anjuran Bahagian di Kuala Kedah mendapat liputan akhbar dan media arus perdana. Malah saya yakin bahawa kerja buat kami adalah lebih agresif berbanding wakil-wakil rakyat tempatan dari Pakatan.


Kita menyahut saranan YAB Presiden Umno untuk mendengar denyut nadi rakyat dengan serius. Sejak menjadi Ketua Bahagian tiga tahun lalu dan merupakan Ketua Bahagian termuda di Kedah saya mengambil berat persoalan golongan muda serta aspek perubahan yang diingini oleh rakyat. Lanskap kepimpinan Umno Bahagian telah sedikit sebanyak berubah dengan perlantikan golongan profesional dan muda dalam Jawatankuasa Bahagian (termasuk tiga pakar perubatan dan lima pemegang ijazah sarjana). Ianya mendapat sambutan dari kebanyakan ahli Umno Kuala Kedah kerana selama dua tahun berturut-turut, perwakilan G-7 dimenangi oleh majoritinya golongan muda dan terpelajar bawah umur 39 tahun.


Memang banyak cabaran sukar perlu ditempuhi terutamanya di tempat yang kalah dalam PRU12 seperti Kuala Kedah, tetapi AJK Bahagian serta Cawangan sedang cuba sedaya upaya untuk memenangi semula kawasan Parlimen dan ketiga-tiga DUN dengan kerja kuat dan doa restu ahli-ahli Umno, rakyat tempatan serta rakan-rakan. Isu kewangan yang ditimbulkan juga tidak tepat kerana kedudukan kewangan Bahagian adalah antara yang paling kukuh di negara seperti yang telah dibentangkan oleh Bendahari Umno Bahagian hujung minggu lalu di Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Dari aspek bantuan kemasyarakatan, Umno Kuala Kedah juga mempunyai kekuatan sendiri membantu rakyat yang ditimpa bencana kerana mempunyai kelengkapan penyelamat termasuk bot sendiri dan telah dibuktikan kemampuannya semasa bah besar Kedah tahun lalu. Sukarelawan Umno Kuala Kedah yang dipanggil Barisan Kola mempunyai anggota lebih 500 orang membantu mangsa bencana tidak hanya dari Kedah tetapi juga hingga ke Kerian, Perak.


Seandainya sudi, saya menjemput jurublog ke Kuala Kedah untuk melihat sendiri perkembangan sebenar kami di sana. Silalah hubungi saya di latts105@gmail.com secara peribadi.

Dato Latt Shariman

McTheory:
Harap Dato tunggu email Mc.. kita bertukar fikiran..

7 ulasan:

asman berkata...

tq Mc.. satu kenyataan yang ikhlas.. Satu hati di dalam kemenangan BN di Kedah.. Insyallah

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato'Latt diatas bantuan ahli UMNO kuala kedah semasa banjir di kawasan Alor Janggus Kubang Rotan dec 2010 yang telah mengawal lalu lintas di kawasan batas ban. Ini dapat dibuktikan walaupun ianya bukan kawasan UMNO tapi bantuan pada waktu begini cukup diperlukan.Gua caya pada mu dato',teruskan usaha yang murni untuk membantu masyarakat Parlimen Kuala Kedah jangan kisah apa yang orang hendak kata.

Latt Shariman Abdullah berkata...

Belakang rumah pasang pelita,
Pelita jawa penuh keramat,
Keramat agong buatan emas,
Walaupun sang kawan bawa berita,
Barang yang baik dibuat azimat,
Barang yang buruk disimpan kemas.

Saya menyanjung keikhlasan saudara. Harap dapat bantu kami di Kuala Kedah.

JKKK Kota Sarang Semut berkata...

Mc..orang kuat tok latt kat atas tu..

tok latt tak marah tu..dia suka apa..ada hikmah...bolehlah jgak dia menulis..bg hilang darah tinggi !!!

http://1umno-kualakedah.blogspot.com/ n http://kedahkekl.blogspot.com/ boleh jd kawan baik!!!
itu hikmahnya!!!

McTheory berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
McTheory berkata...

Alhamdullilah.. Selesai sudah sengketa, selesai sudah selisih faham, Mc bersahabat dengan sesiapa saja yang sudi bersahabat dengan Mc. Terima kasih Dato Latt kerana sudi melayan blogger cikai macam Mc ni.

Insyallah Kedah Ke KL dan Kuala Kedah akan bersahabat dan bertukar pendapat.

Singh Is Kinng berkata...

Alahai Kedah ... tak habih2 lagi ker civil war ... ambo nak komen panjang pun tak berapa kenal ngan Latt Shariman ... but I can say this for now ... Latt and I used to meet many times at MCOBA ...