Selasa, 19 Julai 2011

APAHAL!! DS NAJIB JUMPA POPE, PUAK PAKATAN PULA YANG MEROYAN!!





ROM Julai – Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat ekoran pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar ini hari ini.

Menyatakan dunia “berada di persimpangan”, Najib berkata, Malaysia mahu berkongsi pengalamannya dengan dunia, dan sebab itu kenapa Malaysia komited untuk menjalin hubungan dengan negara yang sealiran dalam menggalakkan dunia yang aman dan harmoni.

“Inilah sebab utama kenapa Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican.

“Dunia berada di persimpangan, kuasa-kuasa tidak rasional dan perbalahan mengancam kestabilan yang sekian lama kita nikmati dan perjuangkan dan pertahankan selama ini, dan kemakmuran,” kata Najib dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu.

Beliau berkata, Malaysia dan Vatican komited untuk mengatasi kuasa-kuasa negatif yang menggunakan agama untuk mewajarkan tindakan keganasan, dengan menggunakan kuasa alasan dan kesederhanaan.

Katanya, Vatican mengiktiraf komitmen Malaysia untuk menggalakkan kesederhanaan sebagai doktrin global.


“Usaha kita dalam menguruskan kepelbagaian kita di sebalik pelbagai halangan dan cabaran adalah peringatan penting bahawa masyarakat berbeza boleh berjaya.

“Bagaimanapun, kita mesti sentiasa berjaga-jaga dan menghadapi kuasa jahat yang mengancam untuk menganggu-gugat keharmonian. Kita juga perlu lebih bersedia untuk menerima pakai pendekatan inklusif dalam pentadbiran dan tadbir urus, dan memastikan matahari di Malaysia menyinari semua rakyat Malaysia,” katanya.

Jalinan hubungan Malaysia-Vatican adalah sebagai menyusuli jejak negara majoriti penduduk Islam lain seperti Indonesia, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Jordan, Turki, Mesir, Libya, Liga Arab dam majoriti anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Najib yang membawa rombongan mengandungi pemimpin pelbagai agama dalam pertemuannya dengan Pope, mengetengahkan konsepnya bagi Pergerakan Sederhana Global untuk menangani ekstremisme dalam semua bentuk, gesaan yang julung kali dibuatnya semasa menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2010 di New York.

Sebagai sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan menganut pelbagai agama, Perdana Menteri berkata, Malaysia berpegang pada nilai-nilai kesederhanaan bagi memastikan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran berterusan.

Najib juga menyatakan mengenai kemungkinan menjalin hubungan lebih erat dengan Majlis Pontifical untuk Dialog Antara Agama yang diketuai Cardinal Jean-Louis Tauran dan Institut Pontifical untuk Pengajian Arab dan Islam.

Beliau berkata, Institut Kajian Kefahaman dan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Pengajian Islam dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menerajui inisiatif itu dari Malaysia.

Delegasi Najib terdiri daripada dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Mereka turut disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Dalam lawatannya itu, Perdana Menteri juga diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope, selepas pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Vatican, sebagai badan tertinggi kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik adalah entiti juridikal di bawah undang-undang antarabangsa.

Sebagai “kerajaan pusat” Gereja Katolik, Vatican mempunyai status undang-undang yang membolehkannya memeterai perjanjian sebagai juridikal yang sama taraf dengan sebuah negara dan untuk menghantar dan menerima wakil diplomatik.

Vatican menjalin hubungan diplomatik dengan lebih 170 negara termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Islam.

Diwujudkan pada 1929, Vatican adalah kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Vatican mempunyai pejabat pos, bank, pasukan tentera, landasan helikopter, loji penjanaan elektrik dan mengeluarkan duit syiling dan setem serta mempunyai domain Internet (.va) sendiri. – BERNAMA

DS Najib jumpa Pope, yang puak Pakatan pula yang meroyan lebih. DS Najib jumpa untuk menjalinkan hubungan diplomatik. Sebagai sahabat. Bukankah negara kita ni majmuk berbilang Agama dan bangsa. Jadi tak salah DS Najib berjumpa Pope kan?

DS Najib juga membuktikan kerajaan Malaysia yang diketuai oleh BN tidak anti agama lain. Agama lain diiktiraf, cuma kita mengagungkan Islam di Malaysia, itu saja. Takkan itu pun tak boleh faham??

Yang puak Blogger Pakatan Haram dok meroyan pasai pa? gila babi ka?

McTheory:
DS Najib jumpa pope, depa pulak yang meroyan.. pelik-pelik..

2 ulasan:

Dee berkata...

demi utk keamanan negara dan penyatuan kaum di malaysia najib sanggup jumpa pope,,bukan itu saja najib menyuarakan pandangannya tentng keamanan sejagat

Tanpa Nama berkata...

sape xtawu vatican city penanung pada pergerakan iluminati dan masonry...depa jgk yg menjalankan benedictien order biar manusia satu dunia kejarkan dunia dari tuhan...dan depa jgk la yg dijangka pengikut2 setia dajal...so apa hubungan najib ngn pope?? pengikut?? mmg xpelik lah klu najib tu jadik tali barut yahudi...