Khamis, 21 Julai 2011

BLOGGER YANG MEMFITNAH MENTERI AKAN TERUS MEMFITNAH

Bongkak!!!

Bak kata pepatah... "kerana mulut , badan binasa". Itulah yang berlaku kepada seorang blogger pembangkang dari PKR yang telah membuat FITNAH kepada seorang menteri kabinet. Akhirnya beliau telah di jatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ingatlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud, "...dan FITNAH itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.".

Sesungguhnya Allah dan Rasulullah telah berkali-kali menasihatkan dan memberitahu semua umat Islam bahawa FITNAH itu sangat bahaya tetapi mereka tetap melakukannya juga. Walaupun Saudara Amizuddin di kenakan membayar ganti rugi berjumlah RM400,000 namun beliau telah membuat kenyataan untuk tetap tidak berhenti untuk memFITNAH. Entahlah... malu nak cakap jenis manusia macammana Saudara Amizuddin ini yang masih tidak sedar-sedar lagi. Semoga Allah memberikan nur kedalam dirinya supaya tidak akan terus sesat. Amin


TheMalaysianinsider -Amizudin: Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan "terus lawan."

"Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan," kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais)," kata beliau.

Pengendali lamansharpshooterblogger.blogspot.comini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care."

"'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'."

"Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya.

Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.

Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.

"Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.

Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.

"Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya.

Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.

Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis..

Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you..

Lawan tetap lawan..

1 ulasan:

gentingsena berkata...

Fitnah saman, fitnah saman,fitnah saman, kalau betul2 bukan fitnah. kena sawan nii....