Khamis, 28 Julai 2011

GEMPAR!! KISAH DRAMA LEMBU KUNING NAK HENTAM PM!!


Tergelak Mc tengok si bodoh berbaju kuning yang ditangkap oleh Polis. Saja Mc pilih video dari TV Pas, ia nampak lebih dramatik.

Pada yang tahu adab dan prosedur, mereka tak akan lakukan seperti mana si lembu-lembu kuning ini lakukan. Cara mereka ini benar-benar nak cari nahas.

Untuk pengetahuan pembaca, sebelum seseorang Perdana Menteri menghadiri sesuatu tempat untuk membuat lawatan rasmi. SB atau mata-mata gelap akan dikerahkan berada sejam atau dua jam lebih awal dari pihak polis beruniform sampai.

Pihak polis akan memantau dan memastikan keadaan berada didalam keadaan baik dan terkawal sebelum kedatangan Perdana Menteri.

Maknanya, pihak polis sudah menyedari perancangan dari lembu-lembu kuning ni sejak dari awal lagi.

Apabila si lembu kuning dari AMK ni bertindak, maka pihak polis akan menahan mereka untuk mengelakkan apa jua yang berlaku pada Perdana Menteri.

Polis tidak memerlukan alasan untuk menghalang atau menahan seseorang yang disyaki berniat jahat demi menjaga kepentingan negara.

Ada satu cerita kisah benar yang Mc nak cerita..

Mc teringat kejadian semasa zaman Tun Dr Mahathir masih lagi memerintah. Kejadian berlaku di Pasar Pekan Rabu Alor Setar. Kejadian dimana Tun Dr Mahathir datang melawat Pekan Rabu untuk membeli kuih dan buah tangan untuk dibawa balik ke KL.

Semasa Tun membeli kuih disebuah gerai, Tun agaknya terlupa untuk mengambil duit baki. Pakcik yang menjaga gerai tadi bertindak mengejar Tun Dr M, dan cuba menahan kereta Tun.

Akibatnya pakcik tadi diserbu hampir puluhan polis.

Tun Dr Mahathir yang mengenali pakcik tadi keluar kereta dan meredakan keadaan.

Begitulah kisahnya, tanggung jawab polis menjaga kepimpinan negara. Tak kisah siapa, dan mengapa.. tanggung jawab mereka perlu diutamakan.

McTheory:
Dan pakcik tadi tu.. adalah Ayah Mc sendiri.. he he he..

Tiada ulasan: