Ahad, 31 Julai 2011

ISHHH LOKLAQ AIH...!!!! HAMPA BARU TAU KA DEPA BUAT KERJA CAMTU?

Rumah urut bertambah

Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.
Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.
Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.



“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.
“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.
Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.


“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.
“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.



Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.
Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam-UTUSAN

KETERANGAN BALAS EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH


Kerajaan Kedah dakwa pusat hiburan beroperasi secara haram


ALOR SETAR 29 Julai - Kerajaan Pas Kedah hari ini mengakui kewujudan pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang semakin bertambah sejak mengambil alih pentadbiran di negeri ini.
Exco kerajaan negeri, Dr. Ismail Salleh bagaimanapun berkata, pusat hiburan itu beroperasi secara haram kerana tiada lesen baru dikeluarkan sejak pembangkang mentadbir Kedah pada 2008.
Katanya, kewujudan pusat hiburan haram berkenaan seperti pusat karaoke sukar dibendung kerana penguatkuasaan yang lemah atas faktor-faktor tertentu.


Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah bagaimanapun tidak menjelaskan faktor-faktor tersebut.
"Ada pusat hiburan yang dibuka seperti pusat-pusat karaoke terutama di kampung-kampung, tetapi semuanya tiada lesen. Ia tumbuh secara sendiri.
"Kita memang hendak mengambil tindakan ke atas pusat-pusat hiburan haram ini tetapi ada sebab tertentu tak boleh bergerak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.



Beliau ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kelmarin yang hairan dengan kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di Alor Setar dan Sungai Petani memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Ismail berkata, kerajaan negeri akan mengambil kesempatan daripada kelulusan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 yang akan memperincikan peraturan membabitkan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan ini untuk turut bertindak ke atas pusat hiburan haram.
"Kita ambil kesempatan itu untuk menjalankan penguatkuasaan dengan menutup semua pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen," katanya. UTUSAN


Hampa dah tau yang Puak puak pas ni kaki auta,pusing kiri kanan duk p pangkah buat apa??mai la ni baru hampa duk hingaq kata pusat hiburan bersepah di bawah kepimpinan Ostat JIJAN..dah hat tu hampa mau..terima saja la..aku nak habaq mai lepas ni PRU13 p la pangkah lagi depa tu..mana tau terpacak lak KASINO atas GUNUNG JERAI..Orang KEDAH xyah kalut masuk siam dah kalo nak berjudi..Offer ja kat DAP.depa cukup mau la kalo bab bab pusat JUDI ni..

Hampa tengok kenyataan exco tu 
"Kita memang hendak mengambil tindakan ke atas pusat-pusat hiburan haram ini tetapi ada sebab tertentu tak boleh bergerak? "

sebab sebab apa yang tak boleh begerak??habaq mai..takot DAP JERKAH lagi ka?pasaipa dengan peniaga peniaga Melayu hampa deraih sangat buat kerja tapi mai tang Pusat hiburan ni hampa kecut teloq?P mana kebajikan hampa?kebajikan untuk adik bradik hampa saja ka?dulu sebelum perintah canang sana sini kata BN ni jahat la,buka pusat hiburan banyak la..mai kena tang depa senyap ja.semua TAK TAU..lepas ni jalan untuk selamat kan diri TUDUH UMNO YANG BUAT.....tu la keja hampa...

PMK
lagi lama perintah lagi menjadi jadi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi PAS apa yang menguntungkannya akan jadi halal.Kokok berderai2 tapi ekor berlumuran taik.Cakap lain buat lain.

hangkedee berkata...

Baiah Perjanjian dengan syaitan,sebab itu ramai tak berani keluar Pas