Rabu, 6 Julai 2011

KASI PANAS!! ARTIKEL YANG MENARIK MENGENAI DS NAJIB!!


Tindakan kerajaan pimpinan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak bersetuju membenarkan Gabungan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan di dalam Stadium dan keputusan Ambiga menerima nasihat Yang Di Pertuan Agong serta menerima pelawaan Dato Sri Najib menunjukkan demokrasi di negara ini boleh terus subur dalam cara yang sihat, aman dan terbuka.

Perjuangan BERSIH bukan semuanya benar dan sebahagian besarnya adalah bersandarkan persepsi palsu dan agenda mahu memburuk-burukkan kerajaan. Misalnya dakwaan pengundi hantu merupakan satu dakwaan yang tidak pernah dibuktikan dalam mana-mana mahkamah mahu pun forum yang jelas. Belum pernah dibuktikan ada seorang pun manusia yang telah mati tetapi masih mengundi. Nama mereka yang meninggal berada dalam daftar pemilih bukan bermakna orang tersebut mengundi. Hanya kerana proses mengeluarkan nama tersebut lambat dan perlu digazetkan bukan bermakna mereka mengundi pada hari tersebut.

BERSIH sungguhpun bukan sebuah pertubuhan yang sah tetapi merupakan ikatan longgar badan-badan bukan kerajaan yang sah dan parti politik sah. Justeru atas semangat demokrasi tentulah mereka berhak menyuarakan bantahan, pandangan mahu pun tuduhan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan.
Namun dalam semangat demokrasi juga, bantahan, kritikan dan hak bersuara harus melalui lunas-lunas undang-undang dan batas-batas kesusilaan masyarakat. Mengadakan perhimpunan bersar-besaran di atas jalan raya bukan semangat demokrasi tulen. Ia tidak lebih daripada penyalahgunaan kumpulan anarki atas keterbukaan demokrasi.

Kumpulan yang mahu mengadakan demontrasi atas jalan raya untuk menyuarakan pandangan mereka ialah kumpulan yang mahu memaksa orang lain mengikut cakap mereka. Mereka mahu menunjuk kekuatan dan juga kejantanan untuk “menggertak” kumpulan yang tidak bersetuju agar ikut sama menyokong mereka. Inikah bukan menyuburkan demokrasi tetapi menyesatkan makna demokrasi.

Justeru tawaran Mohd Najib agar Bersih mengadakan perhimpunan bantahan di dalam stadium merupakan satu semangat dan komitmen Perdana Menteri untuk memastikan hak bersuara dan semangat demokrasi terus subur di negara ini dalam tatasusila manusia bertamadun.

Mohd Najib boleh menggunakan kekerasan dan kekuatan pihak keselamatan untuk melarang terus perhimpunan ini dan agenda Bersih ini. Namun dalam dunia demokrasi hari ini, dalam keadaan rakyat berfikiran terbuka dan sebahagian besar menganalisis secara kritikal setiap tindak-tanduk kerajaan, adalah penting untuk kerajaan sendiri dilihat bertindak dalam keadaan rasional dan boleh diterima oleh majoriti rakyat.

Segelintir ahli UMNO yang marah kerana melihat Mohd Najib tidak mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini dengan mengharamkan terus aktiviti mereka sebenarnya hidup dalam dunia yang ketinggalan zaman. Mereka harus memahami bahawa ada perkara kita perlu berkeras ada perkara kita perlu bertolak ansur. Rakyat memerhati keputusan-keputusan kerajaan dan menilainya.

Sekiranya tiada kompromi dicapai maka kumpulan Bersih ini akan berarak di atas jalan raya yang hanya akan menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Kekacauan ini bukan sahaja akan menjejaskan periuk nasi ramai warga Kuala Lumpur tetapi juga memberi imej buruk kepada negara di peringkat antarabangsa.

Justeru tindakan Mohd Najib menawarkan stadium sebagai tempat perhimpunan ini dengan syarat mendapat kelulusan pihak berkuasa dan mengikut undang-undang merupakan tindakan demokrasi terindah seperti mana kejayaan beliau, sewaktu menjadi Menteri Pertahanan, mengatasi pemberontakan al-Maunah tanpa membabitkan pertumbahan darah.

Memberi tempat berhimpun kepada Bersih di dalam stadium sekaligus mematikan langkah Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengadakan kekacauan pada 9 Julai ini bagi menyelamatkan dirinya daripada kes Mahkamah.

Ia juga memberi jalan tengah kepada Ambiga agar mempunyai pilihan selain membawa kumpulannya ke jalanan. Dalam keadaan tersebut Ambiga tidak lagi boleh mengatakan beliau tiada pilihan kecuali membawa penyokongnya ke jalan raya kerana tiada pentas lain.

Dengan memberi kebenaran mengadakan berhimpun di stadium ia bukan sahaja menyuburkan imej demokrasi negara di peringkat antarabangsa tetapi juga menghalang sekiranya ada niat jahat Anwar Ibrahim untuk melakukan kekecohan di Kuala Lumpur sabtu ini.

Mohd Najib berjaya menyelesaikan isu Bersih ini seumpama menarik rambut dari tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

MyKMU

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bior le dok nyalak kat stadium tu, polis dok standby kat luar. agak dorang dah kompol lalu keluar stadium nak bedemo tu, balon aje, polis dah tak perlu rasa was2 dah. memang dorang saje cari pasal. balon macam balon lembu kebau, payah sgt tu kobankan sikit bior dorang nyesal. tu pun kalu dorang brani le nak bawak kejalan pulak demo tu.