Jumaat, 8 Julai 2011

KASI PANAS!! BERSHIT WAJIB BUAT DI NEGERI DAN STADIUM PEMBANGKANG!!

apakah ini motif sebenar mereka?

Mc menyokong kata-kata Rais Yatim yang mahu Bershit ni berhimpun dan dibuat dinegeri pembangkang. Jangan buat di ibu kota atau negeri dibawah pimpinan BN.

Ini kerana pembangkang juga mempunyai beberapa buah negeri dan stadium yang sesuai untuk digunakan. Terutama sekali stadium Shah Alam di Selangor. Selain lokasinya yang luas dan mempunyai kawasan letak kereta yang amat besar, Mc rasa Stadium Shah Alam amat bersesuaian dengan perhimpunan Bershit ini.

Bila dah buat kat negeri dan stadium sendiri, jika ada apa-apa terjadi, itu akan jadi tanggungan pihak Pakatan yang menjadi penyokong utama perhimpunan Bershit ini.

Jika puak-puak Bershit ini membantah dan mahu teruskan juga perhimpunan  dibuat di stadium Merdeka, Mc rasa tujuan mereka bukan hanya untuk berhimpun secara aman. Tujuan utama mereka hanyalah mahu membuat kacau dan memporak perandakan negara.

Kalau mereka hanya datang untuk berhimpun, mereka takkan pilih-pilih stadium lagi. Bahkan mereka akan lebih selesa berhimpun dinegeri yang mereka sendiri berkuasai.

Namun jika mereka ingkar, tahulah kita tujuan sebenar mereka berhimpun. Bukan nak aman, tapi saja nak buat kacau!

McTheory:
masing-masing otak kuning, susah nak diajar lagi..

Tiada ulasan: