Isnin, 18 Julai 2011

PANAS!! AKHIRNYA OSTAT GOSTAN JUGA!!



Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila hari ini memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pada masa sama, pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarahkan supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak.
Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam.

"Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan di Sri Mentaloon di sini hari ini. - utusan


aduhai ostat,kalo ostat berani teruskan ja la. buat apa nak tunduk kat karpal whilca tu..tunjukkan kejantanan ostat.bukan tunjuk ketakutan..atuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pada masa sama, pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarahkan supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak.
Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

2 ulasan:

TENGGARA is SOUTHEAST berkata...

Salam,
Blog tuan telah dipautkan.

Ular Menyusur Akar berkata...

Sebagai sebuah parti yang telah menukar visi dari Islam ke kebajikan, itulah diantara kebajikan parti PAS kepada orang orang bukan Islam dan orang orang Islam khusyuk mengamalnya.

PAS mengamalkan kebebasan kepada rakyatnya mengamalkan amalan masing masing.

mungkin nasihat bob kepada Finas wajar direnung oleh bahlul PAS.
http://www.youtube.com/watch?v=2eFMbNRph80&feature=player_embedded#at=14