Jumaat, 15 Julai 2011

PANAS!! ANWAR DAN AGENDA JAHATNYA!!


KUALA LUMPUR 14 Julai - Seruan revolusi Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu lalu merupakan satu lagi agenda jahat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk mencetuskan huru-hara dalam negara.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, dalam keadaan diri yang semakin tersepit ekoran beberapa isu peribadi terutama kes liwat, Anwar sanggup melakukan apa sahaja walaupun hingga ke peringkat menjejaskan keamanan negara.

Beliau berkata, kaedah paling berkesan ialah dengan cara meraih simpati rakyat dan seterusnya menimbulkan kemarahan mereka melalui sandiwara yang begitu hebat.

''Saya tidak terkejut sama sekali dengan seruan revolusi Anwar. Apa yang pasti terbukti kebenaran tiada beza demonstrasi arsenik lebih 10 tahun lalu dengan demonstrasi Bersih, Sabtu lalu. Matlamat sama, hanya jenama dibezakan.

''Matlamat Anwar adalah untuk menyelamatkan dirinya. Kes liwat satu gunakan arsenik, 'liwat 2.0' gunakan perhimpunan Bersih. Anwar mahu bakar kemarahan rakyat melalui lakonannya. Tujuannya semata-mata mahu melihat negara ini huru-hara,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Rahim Noor serta Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad bahawa Anwar seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.

Tiada ulasan: