Selasa, 12 Julai 2011

PANAS!! LAGI PENGHINAAN TERHADAP LAGU NEGARAKU!!





KUALA TERENGGANU  Julai - Seorang mahasiswa dipercayai dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini bertindak biadab apabila dikesan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook.
Penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd. Farizal dalam statusnya tampil dengan mengubah lirik lagu kebangsaan yang mencerca, mempersendakan negara dan raja Melayu.
Perkara itu kemudian dipetik oleh beberapa laman blog termasuk anakseberang.blogspot hari ini.

Dalam statusnya, penuntut itu menyebut:
National Anthem of Malaysia - Negaraku
Negaraku, Tanah Tumpahnya Maniku,
Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Matikanlah Raja Kita, Masuk Kubur,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Masukkanlah Raja Kita ke Neraka Jahanam...'

Statusnya itu mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada rakannya yang mengecamnya kerana bertindak keterlaluan.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman ketika dihubungi hari ini terkejut dan mengakui hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau seterusnya menyifatkan perbuatan itu sangat serius serta tidak boleh dimaafkan dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti ia dilakukan mahasiswa universiti itu.
"Ini (hina lagu Negaraku) sangat serius dan kita akan siasat terlebih dulu untuk kesahihan, jika terbukti dia bersalah tindakan serta-merta akan diambil mengikut undang-undang," tegasnya.
Menurut Aziz, UMT menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, pihak pengurusan UMT tidak rela mempunyai penuntut yang menghina lagu Negaraku seperti yang dilakukan oleh seorang penuntut Malaysia di universiti di Taiwan, Wee Meng Chee yang menghina lagu kebangsaan sebelum ini.

Meng Chee atau Namewee menghina lagu Negaraku melalui klip videonya yang disiarkan dalam laman perkongsian video, YouTube. - Utusan

Tengoklah budak-budak sekarang,  dah la mengaji dibayar oleh kerajaan, lagi dihinanya lagu kebangsaan. Apa la nak jadi dengan budak2 sekarang ni.

Pihak berkuasa kena bertindak tegas terhadap pelajar ini.  Jangan bagi muka, nanti lama-lama perkara ini akan jadi ikutan. Pelajar U macam budak bodoh ni patut dikenakan hukuman keras, bagi serik sikit. Bagi jadi contoh pada yang lain.

Jangan asyik amaran saja.. siapa nak takut?

McTheory:
Budak sekarang sudah tidak menghormati negara..

3 ulasan:

AFTERDARK berkata...

Tunggu jap aku buat "profiling"..

Scanning.. Scanning.. Scanning..

Okey, ini agakkan akulah ye. Tapi ada keberangkalian 80% tepat..

Nama budak ni MOHAMAD FARIZAL BIN ISMAIL. Bekas pelajar UMT dan graduate pada tahun 2007. Dilahirkan pada 05 May 1983 yang mana bermakna sekarang umur baru 28 tahun. Kalau tak silap dulu kat UMT dia ambik jurusan Fakulti Sains Makanan (FASM). Aku malas nak publish nombor IC dia sini kang korang semua tahu pulak kat mana dia tinggal. Tapi rasanya dia orang Selangor. Mak bapak dia tinggal kat Taman Kandis Permai. Masa mengundi yang lepas dia mengundi calon PKR yang sekarang ADUN Kota Raja.

Aku rasa masa 9-7-11 mesti salah satu malaun yang berkobar-kobar nak merusuh kat KL.

AFTERDARK berkata...

UMT dah buat laporan.. so biar lah Polis siasat.. kita doa ja semoga dia kembali celik suatu hari nanti.. Dan aku pun berharap semoga aku tak salah orang masa komen tadi

Tanpa Nama berkata...

apa apa pun thank q