Rabu, 20 Julai 2011

PANAS!! MAHKAMAH TAK DAPAT HUKUM ANWAR, KERANA DIA KURANG SIUMAN!!



Oleh: Terrence Fernandez

Isterinya merujuk kepadanya sebagai ‘Anugerah Tuhan’ dan kita percaya pastinya dia mempunyai alasan yang baik untuk berkata demikian. Anwar, seorang pluralis biseksual yang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri mungkin juga seorang ‘anugerah’ dari Tuhan sepertimana yang kita tahu.

Dunia pernah mempunyai beberapa orang penjahat sebelum ini seperti Hitler, Pol Pt, Idi Amin, Milosevic tetapi tiada di antara mereka yang penuh muslihat dan keazaman seperti Anwar. Penjahat-penjahat ini tidak mungkin dimaafkan atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan mereka tetapi mereka berdiri teguh atas kepercayaan mereka dan tidak menafi, memusing cerita atau memanipulasi fakta tak kira betapa gila atau kejam fakta mengenai mereka. Mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk pengikut mereka, untuk negara dan untuk diri mereka sendiri walaupun ia sebenarnya salah. Untuk itu, mereka layak digelar pemimpin.

Anwar mungkin tidak sekejam penjahat-penjahat tersebut. Malah Anwar cuba menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang suci yang memperjuangkan sesuatu yang murni. Dia cuba meletakkan dirinya setaraf dengan Gandhi, Mandela dan Suu Kyi. Mereka ini adalah symbol keamanan, kebebasan dan ketabahan. Mereka juga adalah pemimpin – yang baik.

Satu perkara yang Anwar terlepas pandang ialah dia bukannya seorang pemimpin. Pemimpni berjuang atas prinsip dan mereka tidak menukar prinsip mengikut keadaan. Pemimpin menekankan prinsip mereka ke atas orang lain dan membuatkan mereka percaya kepada perjuangannya. Sedangkan Anwar menukar alasan dan prinsipnya setiap masa.


Seorang pemimpin memimpin dan pengikut mengikut tetapi walaupun ia kelihatan sebegitu dalam kes Anwar, hakikatnya, Anwar hanya mengikut.

Dia mengikut arah angin, corak dan arus dan apa saja dan segalanya asalkan ia mampu membawanya ke arah matlamatnya – takhta Perdana Menteri.

Satu ketika, Anwar seorang Muslim sejati, satu ketika lagi dia seorang ekstrem liberal. Satu ketika dia pejuang Melayu, satu ketika pula dia menentang semua hak dan keistimewaan Melayu. Satu ketika dia penyokong Amerika/Zionis dan satu ketika lain dia menentang Zionis dan Amerika.

Kerana dia mengikut dan menukar prinsip setiap masa, ramai yang hanya melihat satu sifat Anwar dan tidak tahu menahu mengenai sifatnya yang lain.

Kini setelah banyak yang semakin terdedah mengenai Anwar, ramai yang mula bertanya yang mana, apa atau siapakah Anwar yang sebenar?

Yang sebenarnya, jiwa Anwar adalah seorang pluralis yang bermakna dia percaya semua agama adalah sama di sisi Allah. Dia memilih untuk menjadi pluralis kerana ia memberi satu-satunya alasan untuk menjustifikasikan keperluan seksualnya terhadap lelaki dan perempuan. Di dalam pluralisme terdapat kebebasan total. Dan dia memerlukan dunia dan negara ini untuk menerima nafsu seks luar tabienya sebagai biasa dan sah.

Dia tidak berminat untuk membangunkan negara – negara boleh jatuh bankrap dia peduli apa dan dia telah pun membuktikannya apabila dia melaksankan dasar-dasar IMF ketika krisis ekonomi 1997/98. Malah dia telah berkali-kali mencuba untuk membankrapkan negara dengan mengsabotaj ekonomi melalui beberapa siri demonstrasi jalanan. Dan yang paling terbaru hanyalah minggu lepas sahaja.

Dari segi bangsa, dia tidak punya niat untuk menjadi juara mana-mana kaum, dia hanya menyatakan semua itu demi meraih sokongan, itu saja.

Dia memerlukan sebanyak sokongan yang mampu untuk menukar negara ini menjadi pluralis di mana tiada Sultan atau Agong untuk mempertahankan Islam. Dia memerlukan kuasa untuk memastikan tidak ada protes dari kaum Melayu mengenai gay, lesbian atau biseksual. Tetapi terlebih dahulu, dia perlu menjadi Perdana Menteri atau Presiden untuk masuk campur dalam hal ehwal mahkamah bagi menggugurkan kes liwatnya.

Orang Melayu dan semua warga Malaysia yang setia boleh pergi mampus. Rakan-rakannya di barat akan melindunginya selagi dia patuh dan memperkenal serta menguatkuasakan polisi-polisi di dalam negara yang akan memberi keuntungan kepada mereka.

Jadi, inilah dia apa atau siapa Anwar Ibrahim yang sebenar.

Dengan kes liwatnya yang menghampiri penghujung dan Bersih 2.0 menjadi bahan jenaka dengan kurang dari 10% perusuh berbanding 500,000 jumlah sasaran, dunia Anwar sedang menuju kehancuran. Tetapi, dia tidak berganjak, sebagai seorang anugerah Tuhan yang yang sebenarnya. Namun, kita harus tahu bahawa Anwar hanya mampu berdiri dengan menolak untuk mengakui kekalahannya.

Tibanya 8 August, dia akan terpaksa membela diri di mahkama dengan tanpa alibi, tanpa saksi dan tanpa bukti sahih di pihaknya untuk menunjukkan yang dia tidak bersalah. Dia telah kalah, secara total dan muktamad. Dengan enggan menerima kekalahan ini akan hanya membuktikan yang ada sesuatu yang tidak kena dengan fikirannya. Justeru, mungkin Karpal harus mengambil perkara ini dengan lebih serius sebagai hujah pembelaan. Adalah jelas yang peluang Anwar yang tinggal adalah untuk mengaku tidak bersalah kerana tidak siuman.

Anwar mungkin berada di ambang kehancuran, tetapi dia masih punya pilihan. Dia boleh memilih Sungai Buloh atau Tanjung Rambutan. Ingat, dia telah ke Sungai Buloh sebelum ini dan dia tidak keluar dari sana sebagai manusia yang lebih baik. Sebaliknya, dia menjadi lebih teruk. Membiarkan dia ke Sungai Buloh sekali lagi mungkin akan melipatgandakan sifat buruk yang sedia ada. Jika dia memilih Tanjung Rambutan, mungkin orang ramai akan perlahan-lahan mampu memaafkannya dan akhirnya mengasihaninya dalam jangka masa panjang.

Terpulanglah kepada Karpal dan keluarga Anwar kini. Anwar adalah kes yang tiada harapan lagi. Wan Azizah dan Nurul Izzah bolehlah bersara dengan aman dan hidup dalam kemewahan tanpa perlu membebankan diri dengan derita dan malu atas salahlaku Anwar yang tiada penghujungnya. Fikirkan…

Malaysia Instinct

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Artikel yang baik dan bernas. Short and sweet. Cukup jelas apa yang diperkatakan oleh sdr. mengenai anuar...akhir2 nanti dia akan kena buat pilih hidup atau mati. Apa2 pun kita tunggu keputusan mahkamah kerana rakyat dah penat menunggu dan tak selesai jugak. Mintak2 8 Ogos ni selesailah hendaknya kes anuar ni. Tahniah!!