Rabu, 20 Julai 2011

TUDIAA! AKHIRNYA PAS KEDAH REBAH DI KAKI DAP!!



Azizan Razak telah benar-benar memalukan PAS secara keseluruhannya. Mana taknya, hendak membuat undang-undang yang berkaitan dengan agama sendiri pun terpaksa tunggu pihak kafir untuk mengesahkannya. Kalau puak-puak kafir tersebut bersetuju, maka sukalah Azizan dan PAS.. Tapi kalau cadangan ditolak.., maka bermuram durja lah puak-puak yang mengaku paling beriman tu semua.

Apakah yang sebenarnya mahu Azizan buktikan dengan tingkah laku flip flopnya didalam isu larangan pusat hiburan beroperasi semasa bulan Ramadhan di Kedah? Adakah dia sengaja mahu membuktikan yang DAP memang sangat berkuasa didalam Pakatan, ataupun Azizan mahu tunjukkan tauladan kepada jemaah PAS bahawa itulah caranya untuk wala’ kepada kafir DAP?

Di Kedah.., DAP hanya mempunyai SATU wakil sahaja. Tetapi satu wakil kafir inipun sudah amat ditakuti oleh Azizan hinggakan sanggup menarik balik larangan ke atas premis hiburan yang mahu dijalankan pada bulan Ramadhan nanti. Lihat sendiri betapa kecilnya telur Azizan mengecut apabila berhadapan dengan kepimpinan DAP.

PAS hanya berani sembang besar kalau berhadapan dengan UMNO saja. Bila berhadapan dengan Kit Siang dan Karpal Singh, PAS akan bertukar rupa menjadi pondan dan bapuk seperti yang banyak berkeliaran di sekitar Stadium Darulaman. PAS sanggup diliwat atas nama Pakatan. Dan PAS begitu mudah di tunjal dahi oleh kafir harbi DAP hanya kerana tamakkan kuasa pemerintahan.

Sekarang ini sudah terbukti, hanya DAP yang mampu takut-takutkan PAS. Gabungan Pakatan telah dijadikan alat untuk DAP mengawal semua tindak tanduk PAS. Bayangkanlah.., hanya dengan mengugut untuk keluar dari Pakatan, DAP sudah berjaya membuatkan PAS londeh segala jubah dan buang semua serban mereka.


DAP tahu, hubungan kerjasama politik didalam Pakatan adalah senjata utama mereka bagi mengugut PAS. Sekiranya PAS memandai-mandai berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak DAP, senjata kerjasama politik Pakatan inilah yang akan dikeluarkan. Seperti biasa, PAS yang amat gilakan kuasa itu pasti akan segera akur dengan kehendak DAP.

Buktinya ialah apa yang terjadi kepada PAS Kedah. Lihat sendiri bagaimana Azizan Razak menggelupur minta nyawa pada DAP sejurus sahaja Tony Pua mengugut mahu DAP keluar dari Pakatan rakyat. Tak cukup dengan Azizan, Hadi Awang serta wakil PAS Kedah pula terpaksa buat U-Turn untuk memujuk Kit Siang dan Karpal Singh.

Bayangkanlah jika ini situasinya kalau Pakatan memerintah Malaysia suatu hari nanti. Apakah tak mustahil DAP sewenang-wenangnya mengugut untuk menarik balik kerjasama mereka dengan Pakatan kalau kehendak mereka tak dipenuhi? Dan mungkin akan wujud Singapura kedua jika DAP merajuk membawa keluar P.Pinang dari Malaysia hanya kerana tak setuju dengan kerajaan Pakatan!

Itu semua bukannya mustahil. Kalau DAP yang langsung tak berkuasa di Kedah pun dah boleh mengatur keputusan Menteri Besar PAS, apalah yang nak dihairankan sangat jika DAP juga mampu mengatur segala tindakan melayu-melayU didalam Pakatan? Inilah perangai kiasu politik DAP sejak dari dulu lagi.

PAS pula akan selamanya jadi tunggangan DAP dek penangan mandrem kerjasama politik Pakatan. Sebab itulah mereka bersorak apabila kafir DAP mempermainkan ayat-ayat Al Quran serta hadis. Sebab itu juga mereka mensucikan hadas wanita kafir untuk bertazkirah di mimbar masjid.

Semuanya hanya kerana sebuah gabungan sumbang mahram yang dilabelkan sebagai kerjasama politik didalam Pakatan. Demi kuasa dan kedudukan, serta dendam kesumat terhadap sesama Islam.., para ustaz-ustaz PAS sanggup membiarkan diri serta keimanan mereka hancur di kaki kafir.. Memang sungguh memalukan!!

MyKMU

2 ulasan:

gentingsena berkata...

Minum ketum dak, todii dak, tuak dak, nira tar dak, brek kapal dak, wiski dak, mcm mana boleh penin sampai rebah tahap tuu....Ostaz ajizan kena habaq nii.. Iihh... Iihh... nak harap sapa lagi nii...kena patah balik keUMNO juga.

Tanpa Nama berkata...

Gambaq x mewakili fakta....apa yg aku nampak kat sini just sembang kosong....bg fakta la bro...link or print screen....baru best skit nak nilai....jgn meroyan ja...