Khamis, 21 Julai 2011

PANAS!! NAMPAKNYA ADA PIHAK YANG NAK KENA HENTAM DENGAN POLIS!!

lembukan rakyat Malaysia..

Mula-mula kita baca apa yang portal keldaiandaily tulis mengenai tuduhan gas pemedih mata yang polis gunakan untuk suraikan perhimpunan haram.

“Pihak polis yang diketuai Ketua Polis Negara perlu menjelaskan secara terpeinci kerana dakwaan ini adalah serius, dari satu sisi ia amat bahaya kepada negara kerana menunjukkan pengaruh Israel yang meresap dalam pasukan PDRM,”


“Kita bimbang Syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel ini kemungkinan turut menerima pakai nasihat dari Apco,” ujarnya kepada Keadilandaily.


Latheefa sebelum ini mendedahkan kanister itu mengandungi gas Combined Systems (CS) memuatkan bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.


Kanister jenis yang sama juga pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993.


Malah beberapa penduduk palestin pernah terbunuh akibat serangan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel.


Menurut Shamsul, beliau juga khuatir kematian Baharudin Ahmad, 59 yang dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi jantung semasa serangan FRU di KLCC, berpunca dari serangan gas tersebut.


“Kita menuntut KPN juga menjelaskan secara terpeinci punca kematian Baharudin, kerana pihak polis mengatakan ia disebabkan kompilasi jantung. Apakah kematiannya sebenarnya berpunca dari gas tersebut,” ujarnya. Nak baca artikel penuh boleh klik sini

Bawah ni jawapan dari Timbalan Ketua Polis Negara mengenai tuduhan portal Keldaiandaily,

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.


”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.


Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily hari ini.


Antara lain, laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.


Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.


"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya. – Bernama

Jawapan dari Timbalan Ketua Polis tu, diambil dari Bernama.

Mc dok nampak ada pihak cuba jolok sarang tebuan. Puak ni memang gila bila cari pasal dengan polis. Sebelum ni pelbagai tuduhan mereka lakukan terhadap polis, kononnya polis jahat, kejam dan zalim semasa perhimpunan haram Bershit. Namun kali ni Mc rasa tindakan dan tuduhan mereka amat melampau dan mencabar maruah pasukan Polis.

Tuduhan melulu dengan tujuan menjatuhkan maruah PDRM perlu di ambil tindakan TEGAS kepada mereka yang memulakan pertuduhan.

PDRM jangan bagi muka pada puak seperti ini.. makin dibiar, makin teruk perangai buruk puak Pakatan Haram ni.

McTheory:
Sokong PDRM bertindak tegas demi maruah pasukan Polis!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis memang layak diberi pujian. polis bekerja keras menjaga keselamatan. Malang bagi polis kerana mendapat menteri KDN lembik macam sial asyik berlembut dengan pengkhianat negara. Raja2 melayu dihina, perlembagaan negara di pertikai, orang melayu dipecahbelahkan, fahaman komunis dibiar bermaharajalela, institusi kehakiman dipertikai, institusi keekonomian orang melayu hendak dihancurkan dan bermacam macam lagi
perkara yang menyakitkan hati dan perasaan dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan sebaliknya kerajaan hanya bertindak defensif atas segala tuduhan pengkhianat ini terhadap kerajaan. apa perlunya kerajaan melayan kerenah mereka. Adakah patut Ambiga masih
dibiarkan bebas sedangkan barua inilah yang memulakan segala2nya. Selagi kerajaan layan kerenah mereka ini maka akan naik lemaklah mereka. Datuk Najib tunggu apa lagi?? pecat segera sepupu datuk si Hishamuddin tu kalau nak selamatkan BN pada PRU 13