Selasa, 5 Julai 2011
PANAS!! PARANG DAN BAHAN LETUPAN DIJUMPAI, AMK YANG GELABAH!!
Episod demi episod bermula. Kononnya bermula dengan aman, akhirnya apa yang kita takut sudah menjadi kenyataan. Apabila polis mendapat maklumat awam dan berjaya merampas beberapa senjata seperti parang, bom petrol dan bola besi. Barang-barang ini biasanya digunakan oleh penunjuk perasaan diluar negera untuk membuat kacau. Nak baca boleh klik sini.
Selepas polis mengadakan sidang media mengenai rampasan tersebut, pelbagai pihak mula mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza. Namun ada satu pihak yang bagi Mc kelihatan amat risau dan takut dengan rampasan senjata terbabit. Baca artikel dibawah,
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengandaikan pihak yang cuba mengaitkan himpunan Bersih dengan aktiviti keganasan, ada kaitan dengan rampasan ratusan baju T Bersih, sepanjang minggu lalu.
Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, tindakan itu jelas merupakan provokasi dalam percubaan untuk memberikan imej buruk kepada himpunan Bersih yang dijadualkan, 9 Julai ini.
“Kita tidak menolak kemungkinan penemuan baju T Bersih bersama bahan letupan dan senjata adalah baju T yang sama dirampas sepanjang minggu lalu.
“Langsung tak masuk akal kalau penyokong Bersih yang lakukan. Himpunan yang dianjurkan tidak ada kena mengena langsung dengan aktiviti keganasan. Boleh sambung baca sini.
Malah ada tuduhan yang menuding jari kepada polis. Maknanya mereka sengaja menuduh polis yang melakukan semua ini untuk memberi peluang kepada kerajaan pusat mengharamkan Perhimpunan Bersih.
Namun apa yang kita lihat, tangkapan demi tangkapan yang dilakukan oleh polis, semuanya mempunyai bukti bahawa perhimpunan bersih ni sebenarnya ada kaitan dengan sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya kaitan dengan gerakan PSM yang cuba menghidupkan Parti Komunis semula.
Mungkin ada pihak yang sememangnya merancang untuk berdemo secara aman, tetapi ada juga pihak tertentu yang mahu mengunakan demo tersebut bagi kepentingan diri sendiri dan mencapai matlamat mereka.
Andaikata demo bersih berjaya dilakukan dan sejumlah lebih kurang 50,000 orang yang turun. Mungkin setengah daripada peserta demo berhasrat berdemo dengan aman. Namun jika setengah lagi berhasrat untuk membuat kacau dan membuat rusuhan bersenjata, ibu negara tetap akan jadi tidak terkawal dan mungkin boleh menghasut semua peserta demo melakukan kekacauan.
Sememangnya perkara jahat amat mudah dilakukan berbanding dengan perkara baik.
Segala kemungkinan boleh terjadi, jika benar rampasan senjata yang dilakukan oleh polis didalangi oleh polis sendiri, Mc harap pihak yang menuduh boleh kemukakan bukti. Jangan hanya pandai menuduh dan bersikap kebudak-budakkan, kerana itu hanya memperlihatkan kebodohan diri sendiri.
Namun, setelah rampasan senjata, dilakukan, Mc nampak, pihak yang paling takut ialah AMK PKR, hmm.. mengapa ye? ada kaitan ke?
McTheory:
kalau tak buat salah, takkan takut kot..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Perhatikan bagaimana senjata2 dan bom2 molotov telah disediakan di beberapa lokasi utk digunakan bagi membuat huru-hara di perhimpunan Bersih2 yg kononnya dgn aman yg dijadualkan diadakan di jalanan pada 9hb.
Sekarang dgn begitu bodohnya pula Kerajaan membenarkan Bersih2 diadakan di dalam stadium tertutup. Apakah jaminan bhw rusuhan tidak akan berlaku dari stadium dan merebak ke luar?
Pihak polis patut mengambil langkah2 keselamatan yg berikut:
1. Setiap peserta haruslah diperiksa dgn teliti supaya tidak membawa masuk pemetik api, sebarang senjata dan sebarang alat yg merbahaya ke dlm stadium.
2. Mereka tidak boleh memakai T-shirt Bersih2 kerana telah diharamkan.
3. Pihak penganjur mestilah membayar dahulu sewa utk stadium dan diminta meletakkan sejumlah wang sebagai cagaran utk ganti rugi jika berlaku kerosakan alat2 di stadium. Jika bangku2 stadium rosak semasa perhimpunan, kita tidak akan dapat gantirugi selepas perhimpunan kerana semua pihak tidak akan mengaku bersalah dan bertanggungjawab.
4. Pihak polis dan tentera mesti diletakkan di semua pintu keluar/masuk stadium utk menjaga keselamatan orang awam yg berada di luar stadium. Jika berlaku sebarang pergaduhan atau rusuhan di dalam stadium itu adalah tanggungjawab pihak penganjur Bersih2. Polis harus memastikan bahawa sebarang rusuhan tidak keluar dari stadium. Semua pintu keluar mesti ditutup rapat dan dijaga dgn rapi.
5. Jika ada orang yg sakit tenat kena heart attack sbg contoh, pihak ambulan shj dibenarkan masuk dan membawa orang yg sakit itu keluar utk rawatan. Kita mesti bersedia utk melihat tipu helah orang2 yg membuat kacau ini tidak dapat keluar.
6. Jika berlaku huru hara dan kacau dlm stadium, pihak keselamatan jangan masuk utk meleraikan kekacauan. Biarkan peserta2 demo Bersih2 menghadapi sebarang risiko akibat dpd perhimpunan mereka sendiri. Jika pihak keselamatan masuk, gambar2 polis akan diambil utk memburukkan nama baik polis kerana telah bertindak dgn zalim kononnya dan sebagainya. Gambar2 ini akan didedahkan dgn serta merta ke seluruh dunia melalui internet utk memburukkan pihak polis dan Kerajaan BN. Jadi biarkan sahaja mereka mati atau cedera di dalam stadium.
7. Seelok2nya jika demo Bersih2 ini akan diadakan didalam stadium pun, pihak penganjur mesti menandatangan perjanjian yg mereka adalah bertangjawab sepenuhnya terhadap kelakuan dan keselamatan peserta2 perhimpunan, supaya nanti jika berlaku sebarang perkara yg tidak diingini, pihak polis dan Kerajaan BN tidak boleh dipersalahkan!
Bersih2 ini taklah sebersih yg kita nampak!
Catat Ulasan