Semasa PM mengumumkan penubuhan jawatankuasa terpilih ahli parlimen ni. Mc sudah pun terfikir pembabitan puak pakatan haram dalam jawatankuasa tersebut. Apakah mereka mahu menyertainya.
Senang cakap la, apa saja perkara yang memberi kredit kepada kerajaan pusat dan SPR. Mereka takkan sertai. Mereka hanya sengaja mencari sebab untuk sebab untuk menolak perkara tersebut. Hakikatnya jika benar mereka mahu membersihkan pilihanraya, mereka akan berbincang dengan kerajaan dan duduk semeja untuk menyelesaikannya.
PM Najib Razak, mengutarakan rancangan yang agak bagus dan terbuka. Namun semua ini ditolak mentah-mentah oleh puak pakatan. PKR yang diwakili oleh Nurul Izzah, mahukan jawatankuasa ini dikuasai oleh pembangkang. Jika tidak mereka tidak akan menyertainya.
Umum tahu, jika kerajaan bergabung dengan pembangkang, contohnya dalam suatu jawatankuasa. Tentunya wakil kerajaan akan melebihi pembangkang dan jawatankuasa itu dikuasai oleh pihak kerajaan.
Namun puak pembangkang perlu faham, ini bukan pertandingan. Ini hanyalah jawatankuasa yang mahu berbincang dengan pihak SPR, supaya mengutarakan cadangan bagi menambah baikkan lagi sistem pilihanraya yang ada.
Namun pakatan pembangkang tetap tak berubah. Mereka bukan mahu menolong kerajaan. Mereka hanya mencari pasal dan membiarkan ia menjadi barah supaya kerajaan di lihat buruk oleh rakyat.
Senang cakap, kerja mereka hanya mencari masalah, dan bukan untuk menyelesaikannya.
McTheory:
Tak payah la PM nak buat baik dengan golongan ni.. buang masa saja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan