Sabtu, 27 Ogos 2011

HEBAT!! Hassan Ali cabar lagi Dap dan Kerajaan Selangor!



Nampaknya, Exco Hal Agama Islam Selangor sekali lagi mencabar Dap dan Kerajaan Selangor. Kita tahu bahawa, pendirian Hassan Ali tidak selari dengan pendirian kerajaan Selangor yang lebih kearah pihak Kristian dan gereja. Namun apa yang Hassan Ali buat ni, Mc rasa satu keberanian yang drastik dan akan mengegarkan lagi bangunan kerajaan Selangor.

Exco hal ehwal agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah – satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

Hasan berkata, unit berkenaan ditubuhkan memandangkan "masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."

Kenyatannya hari ini timbul ekoran kontroversi yang tercetus daripada serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Gereja yang diperiksa kerana disyaki menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam itu juga didakwa sering memberi bantuan kepada orang Islam.

"Pejabat exco Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara muslim dan mengelakkan mereka terjebak dalam perangkap memurtadkan mereka.

"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan-pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi kerajaan negeri, badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini.

Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

Tambahnya, pejabat beliau akan mengambil butiran yang perlu bagi membolehkan permohonan tersebut diproses dan supaya bantuan tersebut disalurkan dengan segera.

"Diharapkan langkah ini akan memudahkan pihak-pihak yang terbabit untuk mendapatkan pembelaan," katanya lagi.
McTheory:
Hassan Ali menjadi penyelamat sekali lagi..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila kalid samad dan eli serta teresa cock ulas, dr hasan ali pun kata, tak boleh komen. saya diarahkan tutup mulut. biarkan semuanya tergantung kerana kesetiaan kepada parti lebih penting daripada Allah.

Saiful Bahraine berkata...

Syabas buat Datuk Hassan Ali atas tindakan terhadap pihak gereja pada tempohari.Saya sebagai umat Islam menyokong penuh tindakan tersebut demi mempertahankan agama yang kita warisi. Semuga Datuk dapat imbihan yg sewajarnya dari Allah s.w.t. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa kumpulan 12 yang merasakan terpinggir adalah mereka yang tiada langsung didikan agama. Ini kerana kepayahan hidup yang mereka alami tidak lah sebesar mana. Usaha la sikit. Banyak lagi yang mengalami kesempitan hidup tetapi dek kerana didikan agama yang baik, akidah mereka tetap teguh.

Justeru, saya rasa MAIS/JAIS dan kesemua Jabatan Agama Negeri apabila berhadapan kes sedemikian, perlu membawa mereka kemuka pengadilah di Mahkamah Syariah dan perlu Hakim memerintahkan mereka dimasukkan kedalam "camp" bagi memperteguhkan akidah mereka dengan ajaran Islam sebenar.

Bagi PAS dan PKR, usahlah terlalu taksub dengan "kuasa" yang ada sekarang kerana ianya tidak kekal. Tunggu PRU13, kita lihat cerminan Umat Islam. Ingatlah, Yang kekal hanya ALLAH SWT.

Tanpa Nama berkata...

Syabas.Perjuangan berasaskan prinsip dan kebenaran akan diberkati Allah.