Isnin, 29 Ogos 2011
KALUT!! Raya Punya Pasal, Ayam Pun Boleh Gaduh!!
Raya punya pasal, sebab ayam pun boleh jadi gaduh. Itu yang terjadi pada pagi tadi semasa promosi ayam di Tesco. Pelanggan tak puas hati dengan pihak Tesco apabila ayam yang dikatakan promosi hanya dikeluarkan sebanyak 12 ekor.
Promosi kononnya hebat sangat, sekilo ayam hanya rm3.99, tapi kalau hanya 12 ekor, baik tak payah hebahkan. Cuba bayangkan, pelanggan ada yang tunggu dari pukul 9am lagi untuk membeli ayam. Tesco buka pukul 10. Bila pintu buka saja, tak sampai 5 minit, ayam dah habis. Siapa tak meradang.
Mc pun ada hati wusya nak ayam murah ni. Bila tiba saja, dah ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tengah naik angin pada Manager Tesco terbabit. Untuk mengetahui punca dan musababnya. Mc pun cuba la soal.. jawapannya seperti apa yang Mc kata tadi la. Promosi, tapi yang dikeluarkan hanya 12 ekor. Apa pun turr laa..
Lepas tu Mc pun malas nak peduli lagi.. Rasanya pakcik-pakcik dan makcik-makcik tadi tu pergi buat aduan. Dorang ada ajak Mc sekali, tapi Mc ada kerja nak buat. Dorang adu kat Tesco punya management kot.. tapi Mc adu dalam blog.. lagi ramai baca.. he he..
Pada pihak Tesco.. kalau setakat 10 atau 20 ekor.. baik tak payah sebarkan.. staff korang beli pun dah habis..mana sempat pelanggan nak beli..
McTheory:
Customer always right.. kena faham, dan tengok keadaan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan