Selasa, 30 Ogos 2011

Kesian.. Banjir Di Kedah Pabila Raya..



BALING  Ogos - Persiapan Aidilfitri lebih 2,000 penduduk di daerah ini terjejas teruk berikutan banjir yang melanda lebih 20 kampung di daerah ini malam ini.

Hujan lebat lebih empat jam sejak tengah hari ini menyebabkan ribuan penduduk panik dengan sebahagian daripada mereka gagal menyelamatkan harta benda.

Kira-kira tujuh keluarga di Kampung Banggol Chicar Kupang terpaksa berbuka puasa dalam banjir pada paras 0.5 meter.

Imam surau kampung berkenaan, Hashim Alias, 48, berkata, air mula naik kira-kira pukul 7.30 malam menyebabkan dia hanya sempat minum air sebelum berusaha menyelamatkan keluarga dan harta benda.

Dua anaknya, Nazirah 21, yang sarat mengandung dan Mashitah, 24, yang masih dalam pantang terpaksa meredah banjir untuk menyelamatkan diri.

Pekan Kupang turut dinaiki air menyebabkan berpuluh peniaga terpaksa menyelamatkan barang perniagaan masing-masing.

Antara kampung yang turut terjejas teruk ialah Kampung Belakang Sekolah, Kampung Belakang Panggung, Kampung Raja, Kampung Tanah Periuk Pekan Khamis, Kampung Landak, Kampung Padang Cina dan Kuala Pegang.

Turut dinaiki air adalah Kampung Sadik, Jerai, Bukit Terabak, Banggol Lahar dan Gua Reban dengan beratus buluh lemang untuk persiapan hari raya milik penduduk turut dihanyutkan air. - Utusan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalaulah kedah di bawah kerajaan bn pas akan kata bala dari allah dah turun nak beraya pun susah. la ni bila depa perentah depa tak dan nak cari ayat bala allah dah turun.

Tanpa Nama berkata...

Ni la BALA ALLAH turun kepada kerajaan PR di Kedah rakyat diabai,mempersendakan islam serta bersekutu dengan anti islam,sebelum ni semasa kerajaan BN perintah tiada banjir besar terjadi,ni dah 2 thn berturut2 banjir...

Tanpa Nama berkata...

anon 1:59pm

saya setuju dgn komen anda... cuba kalau negeri dikuasai bn yg kena banjir time2 mcm ni mau bersembur la puak pas dok ligan kata Allah turunkan bala...

sama la jgk kalau kat kelantan nun anak gadis ramai yg dh kena tebuk beranak anak haram... depa senyap sunyi, cuba kalau kat negeri bwh bn kuar cerita mcm tu... mau siang mlm pagi ptg dok sakan menambah fitnah la jwbnya...

dlm negeri lain dok panas elok je hujan rahmat kenkadang turun ptg2 lepas panas sehari... kat sana sampai banjir... pikir2 la sendiri..