Punyala baik dan lemah lembut si tukang amaran ni. Kenapa pula ada orang nak ugut bunuh dia? Pelik.. Setiap tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan, dia hanya bagi amaran. Kalau dalam permainan bola sepak, Hisham ni pengadil, tapi hanya kerap bagi kad kuning. Kad merah tak pernah keluar, walaupun kepala dah kena terajang.
Sebab tu orang kata, jangan bagi muka, nanti ada yang nak pijak kepala. Mana pernah menteri KDN dapat surat ugutan. Ini pertama kali kot. Menteri KDN selalunya KUAT, berkuasa, di geruni. Orang nak permain-mainkan pun takut. Tapi sejak Hisham pegang, pembangkang suka, sebab Hisham lembab dan longlai.
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi.
Beliau berkata, selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku yang diselitkan nota ugutan.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.
"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.
"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau sudah pun membuat laporan polis," katanya.
Hishammuddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
"Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui jawatan yang saya pikul," katanya. - BERNAMA
McTheory:
Itu maknanya, mereka dah makin berani..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan