Selasa, 9 Ogos 2011
PANAS!! KISAH SEBENAR MENGENAI KUNJUNGAN JAIS KE GEREJA..
KALAU dilihat pada bukti-bukti yang dikemukakan, memang terang lagi bersuluh ada yang tidak kena dengan program di sebuah gereja di Seksyen 13 Petaling Jaya malam Rabu minggu lepas.
Sampai ada yang berani buat rumusan, kalau tidak dibendung dengan segera, tidak mustahil tragedi Natrah yang berlaku puluhan tahun dulu berulang kembali.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (PIMPINAN), Fakurruddin Eshak jika insiden ini berterusan ia akan menaikkan semangat orang Melayu dahulu seperti yang berlaku pada Natrah.
“Kita tidak mahu perkara tersebut berulang,” katanya ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.
Kata-katanya disokong oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang juga jurucakap kumpulan 45 NGO Islam yang menyokong tindakan JAIS mempertahankan kedaulatan Islam di Selangor.
“Saya takut umpamanya jika tiada tindakan tegas banyak ‘Natrah’ yang akan berlaku…” yang menegaskan jika ada perkara yang mengugat Islam, “Kami akan kehadapan lagi,”
Tragedi Natrah merujuk peristiwa rusuhan yang mengorbankan 18 orang dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British pada 12 Disember 1950 selepas mahkamah memutuskan seorang gadis Islam diserahkan semula kepada keluarga kandungnya dan diberi hak menentukan agama anaknya.
Baik apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?
Sambung kisah menarik ini klik SINI
Pendedahan dari Agenda Daily..
McTheory:
Apakah itu bukan berniat mengkristiankan umat Islam?? bacalah sendiri..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Catat Ulasan