Rabu, 24 Ogos 2011

PANAS!! Peguam Kristian Nak Selamatkan Hak Melayu Murtad!!

Terkini kisah geng 12 umat Islam yang berada di majlis dinner di DUMC  semakin panas. Cerita murtad memang benar berlaku di mana ia dibongkarkan oleh sebuah blog yang mendapat info terus dari twitter seorang peguam hak asasi pada 4 ogos. Maklumat ini Mc perolehi dari blog Pejuang Bangsa.

Di bawah adalah screengrab beberapa tweet yang dikeluarkan oleh peguam hak asasi Edmund Bon Tai Soon pada Ogos 4.

(Pada malam Ogos 3, Jais menjalankan pemeriksaan acara kontroversi yang dianjurkan oleh pusat Harapan Komuniti-DUMC bertempat di dewan gereja Methodist).



Tweet Edmund Bon mengatakan beliau telah cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menentang hak anak guamnya untuk meninggalkan Islam.

Akan tetapi Edmund nampaknya tidak betul fakta apabila mengatakan JAIS/MAIS bukan terletak di bawah bidang kuasa exco negeri. Sebenarnya exco Selangor Hasan Ali ialah timbalan pengerusi MAIS dan perkara-perkara bersabit agama adalah hal negeri (state matter).

(Klik pada rajah untuk besarkan. Http://twitter.com/#!/edmundbon)


Edmund Bon pernah menjadi pengerusi jawatankuasa undang-undang perlembagaan serta jawatankuasa hak asasi manusia bersama Majlis Peguam. Beliau juga salah seorang pengasas Pusat Rakyat Loyar Burok.

Siapa agaknya anak guam yang dimaksudkan oleh Edmond Bon itu dan adakah tweetnya mempunyai apa-apa kaitan dengan 12 orang Melayu yang akan disoalsiasat Jais?

Sepenuhnya di Helen Ang

Sedang orang kristian berusaha memurtadkan melayu Islam. Kita umat Islam Malaysia masih lagi bergaduh dan tuduh menuduh sesama sendiri. Paling menyedihkan ialah Pas dan Kerajaan Selangor yang menyokong pihak gereja tanpa usul periksa dan membuta tuli. Apakah undi kristian lebih bermakna dari menyelamatkan akidah umat Islam?

McTheory:
Agama hanya jenama.. apa la sangat yer..

1 ulasan:

ANAK BUKIT HIJAU berkata...

Salam.

Aku baca berita ini dengan penuh rasa sayu dan kecewa.

Ikhlas cakap, sehingga kini belum ada Pemimpin Melayu yang "teringin" nak bersuara bagi maksud "menentang sekeras-kerasnya" tindakan puak-puak bukan Islam "memurtadkan" penganut Islam yang telah dijamin kedudukannya dalam Perlembagaan.

Aku perhatikan HANYA PARA BLOGGERS PRO KERAJAAN saja yang cukup "mengambilberat" isu malapetaka kepada Agama Islam dan bangsa Melayu ini.

Apakah pemimpin-pemimpin Melayu juga sudah "fed-up" dan menyerahkan nasib Islam dan Melayu kepada "keadaan" dan ketentuan Illahi semata-mata.