Rabu, 24 Ogos 2011
FITNAH!! Mari kita penampar Chegu Bard sorang sikit wehh..
Ketika Kompass sedia memohon maaf di atas fitnah terhadap Rosmah di atas kisah cincin, CheguBard masih lagi dengan pembohongannya.
Dalam satu ceramah umum DAP cawangan Taman Indah, Kajang pada petang Jumaat Ogos 19hb, di Pusat Rekreasi JKKK Batu 11 Cheras, Kajang, Chegu Bard masih mengulang fitnahnya terhdap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung cincin RM23 juta yang telah disahkan Jacob & Co bukan dibeli Rosmah.
Dalam Majlis yang dihadiri lebih kurang 40 orang termasuk Speaker Selangor, Dato' Teng Chang Khim, dan Setiausaha PSM, Arutchelvam, Badrul Hisham Shahrin mengatakan kemerdekaan bukan hasil usaha Tunku Abd Rahman.
Badrul juga mengulang spin Pakatan berhubung isu gereja Damansara yang mendakwa ia hanya program berbuka puasa dan tidak perlu takut.
Dia turut mempertahankan Lim Guan Eng dalam isu larangan baca quran dengan pembesar suara sebagai menepati hukum.
Bukan saja fitnah cincin masih dimainkan Badrul, dia masih lagi memainkan isu Altantunya dengan mengatakan ada membuat akuan konon ada bukti PM pm bertemu dengan Altantunya. Disepanjang majlis, buku 'Misteri Pembunuhan Altantunya' dikesan dijual. Cerita ni Mc ambil dari The Unspinners.
Semakin dekat bau-bau PRU, semakin kuat mereka ni melancarkan fitnah. Sepatutnya PM dan Isteri saman saja si Chegu Bard ni, simpan lama-lama pun buat barah dalam masyarakat. Nanti jadi seperti cerita fitnah altantuya, cerita hanya rekaan, tetapi bila lama-lama dimainkan, rakyat ingat cerita betul.
Saman saja si benggap ni dengan 24 juta dollar. Biar kita tengok dia nak cari mana duit banyak macam tu nak bayar. Kalau tak bayar nanti, tak boleh bertanding jadi calon PRU. Biar padan muka dia..
McTheory:
Orang macam ni, mulut saja berani.. hati qholdu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
memang di sokong untuk saman setiap fitnah yang dilemparkan.disebabkan tidak ada tindakkan tegas dari org yang kena fitnah maka dengan senang atinya mereka membuat fitnah.Stopkan mereka dari buat fitnah dengan saman yang cecah jutaan ringgit.Buat macam DS rais yatin.Baru padan muka.buat mcm ummi dgn baginda minda.sampai tak berani nak p mahkamah.
Catat Ulasan