Rabu, 10 Ogos 2011
PANAS!! PEMUDA PAS SOKONG HASSAN ALI DAN JAIS??
Selepas Dewan Pemuda PAS Pusat berjumpa dan berbincang dengan panjang lebar dalam isu murtad dan JAIS, akhirnya Dewan Pemuda PAS Pusat terus menyokong 100% tindakan JAIS dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam.
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuat berasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yang dilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perlu disokong oleh semua pihak.
"Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjaga akidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yang digunakan JAIS dalam isu ini... kita sokong.
"Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama untuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalah tindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbul sebarang keraguaan di atas tindakan tersebut," katanya.
Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihak tidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana ia dilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.
"Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikap prejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demi agama Islam," katanya.
Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada AhliJawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun penjelasannya ditolak oleh Jawatankuasa Pusat juga dihadiri oleh Khalid Samad.
Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan,Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkan bukti kukuh.
"Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepada beliau... semuanya jelas.
"Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai tindakan JAIS itu," katanya.
Sungai Rapat Online
McTheory:
Semakin menarik nampaknya.. macam mana dengan Hadi Awang?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan