Punyalah hebat kisah rumah pelacuran di negara kita ini, hinggakan ada yang terpaksa bertelanjang bulat lari tanpa memikirkan bahaya bila diserbu pihak berkuasa....
“DARIPADA mana pembangkang, terutamanya DAP nak kumpul duit untuk PRU akan datang kalau tidak melalui kegiatan kumpulan ‘kongsi gelap’ yang mengendalikan rumah maksit, siber cafe, perjudian tanpa lesen dan macam-macam lagi kegiatan haram, termasuk pengedaran dadah?
“Di belakang DAP adalah ‘kongsi gelap’. Tanpa ‘kongsi gelap’ DAP tak boleh hidup. Melalui ‘kongsi gelap’ DAP boleh ugut pengundi-pengundi kaum Cina, khasnya di kawasan Kampung Baru untuk mengundi parti itu bila ada pilihan raya.
“Oleh itu janganlah heran dan heboh fasal kegiatan pelacuran di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan sekarang sedang mengembangkan sayap di Kedah pulak. Orang Kedah, khasnya penduduk sekitar Sungai Petani dah bising pasai ni...”
Demikian ulasan yang diberikan oleh seorang bekas anggota polis ketika minum pagi bersama SM pagi ini. Kebetulan SM berjuma dengan kawan itu ketika sarapan pagi di sebuah warung di Tambun, Ipoh.
Perbualan kami tertumpu mengenai kegiatan pelacuran dan rumah urut yang diberitakan begitu banyak terdapat di negeri-negeri yang di kuasa pembangkang atau di bandar yang penduduk kaum Cina agak ramai.
“Tapi di Kelantan tidak pulak demer buat macam tu?” tanya SM mencelah komen beliau.
“Di Kelantan lain. Kelantan dekat sangat dengan Golok. Seberang sungai jerr... Mana laku kalau bukak tempat maksiat macam tu... Di Golok lagi hebat dan lagi mudah. Di sana tak jadi masalah dan pelacuran tu dah jadi kerja biasa mereka... perkara biasa,” jawabnya pantas.
“Oh! Yer.. tak yerr... jugak...”
“Aku tak heran kalau sekarang ini terdapat banyak tempat maksit dibuka oleh puak-puak ‘kongsi gelap’ tu. Mereka dapat perlindungan wakil rakyat DAP kerana ada bahagian untuk politik DAP.
“Kaum itu memang itu kerjanya sejak mereka bertapak di negara ini. Kalau tak ada kegiatan ‘kongsi gelap’ rasa macam tak sah kehidupan mereka.
“Kalau miker ikutkan sejarah kedatangan mereka ke Malaya ni dulu pun memang begitulah cara mereka. Ingat balek kisah kedatangan mereka sebagai pekerja lombong bijeh yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris dulu. Baca balek sejarah mereka di Taiping. Bukankah nama Taiping itu sendiri lahir kerana perdamaian dua ‘kongsi gelap’ – Hai San dan Ghee Hin, di pekan itu?
“Cuma pada masa itu ketua ‘kongsi gelapnya dipanggil ‘Kapitan Cin
“Itu dulu, sekarang mana ada lagi kisah macam itu...?” tanya SM.
“Memanglah.... dulu lain, sekarang lain. Tapi kegiatan sejenis dengan zaman itu masih kekal. Malah kegiatan mereka mengaut kekayaan negara jauh lebih canggih dan mengikut peredaran zaman.
“Dulu jenis dadah yang ada cuma candu. Dan yang hisap candu cuma kaum mereka sahaja. Untuk memudahkan penjajah mengawal mereka, lesen candu diberi atau disahkan dari segi undang-undang ketika itu oleh penjajah.
“Sekarang dadah ada bermacam jenis dan kebanyakannya dari jenis yang dihasilkan melalui bahan-bahan sintetik atau kimia. Siapa yang jadi tauke dadah secara besar-besaran di negara ini kalau bukan mereka? Kalau dulu cuma kaum mereka yang ambil candu, kini yang menjadi penagih tegar dadah adalah anak Melayu. Pasarannya semakin besar. Lagi senang lerr demer buat duit melalui penjualan dadah.”
“Tak cukup sekadar menyeludup masuk dadah, kini mereka proses sendiri dadah-dadah berkenaan di negara ini. Bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah untuk diseludup ke luar negara yang memerlukan dadah. Siapa yang buat kerja proses dadah tu kalau bukan kumpulan ‘kongsi gelap’? Orang biasa mana berani kalau tidak ada perlindungan dan kerjasama ‘kongsi gelap’?”
“Lihat saja tempat-tempat memproses dadah yang berjaya dikesan pihak polis kita. Di negeri mana, kalau tidak di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kenapa di negeri itu yang hebat berlakunya jenayah berkenaan? Kerana di negeri itulah kaum mereka ramai. Bila demer ramai, pasti akan ada kegiatan ‘kongsi gelap’. Bila ada ‘kongsi gelap’, maka makin hebatlah jenayah....”
“Jenayah masa kini tidak lagi tertumpu kepada rompakan kedai emas atau bank. Dulu betul. Sekarang dengan kegiatan rumah maksit dan pengedaran dadah, hasilnya jauh lebih lumayan dan mudah. Buat kerja secara tersembunyi di mana-mana tempat yang sesuai. Tak perlu masuk hutan. Kini buat di kondo-kondo mewah jerrr...
Demikian serba ringkas perbualan sambil sarapan di pagi ini yang dapat SM catatkan untuk bahan berfikir para pembaca yang berminat untuk memahami struktur politik dan kaum di negara ini.
Sebenarnya banyak isu yang kami bualkan mengenai perkembangan politik negara, tapi yang agak menarik untuk SM catatkan inilah sahaja, adanyaaaa.....
Satu Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan