Jumaat, 30 September 2011

EKSKLUSIF!! Masih Ramai Pengikut dan Penyokong Pas Luar Bandar Tertipu Dengan Pas!!



Angin PRU (Pilihanraya Umum) ke 13 semakin hampir dengan kita. Fenomena PRU ke 13 di bandar dan luar bandar adalah satu perkara yang berbeza. Malah ia amat berbeza. Dalam PRU yang lepas Pakatan Haram (Pakatan Rakyat) boleh dikatakan menyapu hampir semua kerusi dibahagian bandar. Malah rakyat di negeri-negeri yang termaju di Malaysia juga memberi undi kepada Pakatan disebabkan janji perubahan drastik terhadap ekonomi yang akan mereka lakukan jika mereka memerintah.

Penduduk bandar, lebih materiallistik dan lebih mementingkan ekonomi poket sendiri dari perjuangan Agama dan kaum. Walau bukan semua, namun majoritinya menunjukkan sokongan terhadap Pakatan apabila menjanjikan pelbagai manifesto ekonomi dalam PRU yang lepas. Itu Mc tujukan kepada bangsa Melayu.

Cina dibandar pula, walaupun mereka dimomokkan dengan perubahan ekonomi yang bagus bila pakatan memerintah, namun sokongan mereka terhadap pakatan, bukan seratus peratus mengenai ekonomi. Namun janji kesamarataan yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin pakatan yang lain menyebabkan mereka tertarik dengan Pakatan yang mengunakan Dap sebagai perancang utama.

Namun kali ini Mc lebih fokuskan kepada penduduk di luar bandar. Di Kedah amnya, di kawasan yang jauh dari bandar, yang hanya mendapat berita dari surat khabar, television dan ceramah serta tazkirah sebagai panduan hidup mereka.

Tok-tok Imam, Bilal, malah AJK-AJK Masjid ahli-ahli surau, kebanyakkannya masih lagi menyokong Pas. Atas kerana Pas memperjuangan ISLAM SEBENAR! Mereka masih lagi percaya kepada perjuangan Pas pada tahun sebelum 2004. Iaitu semasa belum lagi wujud Pakatan Haram. Dimana Pas menobatkan dan melaungkan jihad untuk menubuh negara Islam dan hudud sebagai undang-undang rasmi negara.


Malah mereka masih lagi percaya perjuangan Pas tidak berubah. Malah negara kebajikan yang Pas laungkan juga masih lagi belum diketahui atas alasan itu semua permainan politik dari pihak pentadbiran negara.

Mc berpeluang berjumpa dengan golongan2 bijak agama ini. Mc sempat berbual mesra, malah bermalam di rumah mereka yang kebetulan pada waktu itu ada kenduri arwah dan tahlil.

Selepas kenduri, kita duduk beramah mesra dengan berbual kosong, dan Mc mengunakan peluang tersebut apabila mengetahui salah seorang daripada mereka adalah pemimpin bawahan Pas kawasan tersebut. Malah lebih menguntungkan Mc apabila, beliau juga adalah salah seorang bekas askar yang pernah menentang kekejaman komunis.

Ketokohan beliau menerajui Masjid dikawasan tersebut (dirahsiakan) jelas apabila beliau amat dihormati dan disegani oleh seluruh penduduk kampung dan kampung berhampiran.

Mc mengunakan masa yang singkat tersebut dengan sebaik mungkin untuk menguji sedalam mana pengetahuan Ustaz ini mengenai perjuangan Pas sekarang.

Semasa berbual, Mc berpura-pura meminta pendapat beliau mengenai Pas, perjuangan Pas, hudud, negara kebajikan, dan hal berkaitan dengan Mat Sabu memperlekehkan pejuang kemerdekaan. Berlapik dengan mengatakan Mc hendak menyertai Pas.

Ternyata rentak dan tekaan Mc agak tepat, apabila kefahaman Ustaz ini kepada Pas masih lagi kebelakang. Beliau masih lagi menyokong Pas atas kerana perjuangan Islam, negara Islam dan hukum hudud.

Ini peluang Mc untuk meruntuhkan kepercayaan mereka terhadap Pas!!

Disebalik ayat ingin menyertai Pas dan mengkaji perjuangan Pas terlebih dahulu, Mc mengumpul video Anwar bersama pakatan menolak hudud, video hadi awang menukar dari negara Islam ke negara kebajikan, video Nik Aziz hina rasulullah, video nik aziz menyokong demontrasi, dan menyamakan solat dengan demontrasi, video mat sabu menyokong komunis, artikel-artikel terbitan harakah yang bersatu dengan Dap, artikel-artikel harakah yang menyokong negara kebajikan dan artikel yang menghalalkan fitnah, malah gambar peluk cium pemimpin Pas bersama pemimpin Dap juga Mc sertakan sebagai sokongan.

Malah rujukan yang Mc ambil itu semuanya dari rujukan kitab yang paling mereka percayai, iaitu harakah.

Selepas Mc dedahkan semuanya, dengan penerangan yang terperinci, ternyata Ustaz dan rakan-rakannya agak terpinga-pinga dan terkejut dengan pendedahan Mc itu. Malah ada yang mengeleng-gelengkan kepala bagaikan tidak percaya dengan apa yang Mc dedahkan kepada mereka.

Namun Mc menjelaskan kepada mereka cerita yang sebenar. Mengenai apa tentang apa, dan kenapa. Biar mereka jelas atas segalanya yang berlaku sekarang. (Hal ini dirahsiakan)

Setelah lama berbicara, akhirnya Ustaz dan pengikutnya akui tidak tahu menahu mengenai semua ini. Malah rasa seperti tertipu dengan perjuangan Pas. Mereka berjanji akan merujuk kepada pemimpin yang lebih atas untuk mengenal pasti apa yang berlaku kepada parti Pas sekarang.

Selepas pada malam itu, keesokkan harinya Ustaz tersebut menerima panggilan dari Lembaga Tabung haji untuk persediaan ke Mekah bagi menunaikan haji. Beliau mengumumkan perkara tersebut di masjid dan membuat kenduri doa selamat untuk beliau ke Mekah bersama Isteri.

Dalam masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana mewujudkan LTH untuk orang2 Islam yang berpendapatan rendah seperti beliau menunaikan haji, malah beliau amat berterima kasih dengan subsidi pertama rm4000 daripada kerajaan kepada penunai haji pertama, bagi meringankan beban.

Ucapan terima kasih dari Ustaz tersebut, membawa sinar baru dalam perjuangan agamanya. Susah kita nak lihat, tegar Pas ni mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Mc percaya, selepas balik pada haji, Ustaz akan bergelar Tuan Haji dan perjuangannya juga akan berubah. Insyallah.. sama-sama kita doakan..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gunakan kaedah itu untuk perang dalam pru, sebarkan petikan vidio tersebut dalam ceramah pa dan pkr terutamanya di kawasan ramai orang melayu.