Jumaat, 30 September 2011

KASI HEMPUK!! Kenapa Video Undilah Di Haramkan!!



Dulu Mc juga hairan kenapa video undilah ini diharamkan dari television. Namun sejak diberi peluang untuk mengkaji dan menghayati, akhirnya Mc setuju dengan pendapat dari SelangorDaily ini. Detail dan lengkap penerangan dari Selangordaily, cuma Mc nak tambah satu, permulaan nyanyian dengan mengunakan bahasa cina juga menjadi salah satu sebab kenapa video ini diharamkan.

Jika menyanyi bercampur atau berbilang bahasa, sepatutnya bahasa dimulakan dengan bahasa kebangsaan terlebih dahulu. Bukannya dari bahasa cina. Sama juga dengan papan kenyataan, papan iklan, bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu harus di utamakan. Tapi dalam video, nampak sangat bahasa melayu sudah menjadi bahasa kedua.

Sambung baca penerangan di bawah,


Video bertajuk ‘Undilah’ arahan Benji Lim, terbitan Pete Teoh, Albert Law dan Bahir Yeusuff telah dapat ditonton dan di muat turun di internet. Video ini secara luarannya dilihat baik dan mempromosikan demokrasi melalui pendaftaran sebagai pengundi. Tetapi di dalamnya penuh dengan maksud jahat yang tersirat.

Ia juga dilihat mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Antara yang terlibat dalam video ini adalah YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong – Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin – Timbalan Menteri Kesihatan, Nurul Izzah Anwar , Khalid Samad dan ramai lagi.

Selain itu, tokoh perniagaan, sukan dan seni turut dipaparkan. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Francis Fernandes, Tengku Azmil Zaharuddin, Karamjit Singh, Afdlin Shauki, Reshmonu, Aizat Amdan, Baki Zainal, Bront Palarae, Daphne Iking, Jason Lo, Jehan Miskin, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Tony Pua, Wardina Safiyyah, Yasmin Yusuf, Namewee dan lain-lain.

Klip ini dimulakan dengan ucapan narrator oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan kemudian diikuti dengan lagu nyanyian Namewee dan Afdlin Shauki yang juga meminta rakyat mendaftar sebagai pengundi kerana dengan mengundi, rakyat menjadi majikan dan boleh memilih pemimpin mereka.

Dari segi visual pula, ia dimulakan dengan rakaman narrator oleh Ku Li dan diikuti dengan visual nyanyian Namewee, Afdlin, Pete Teoh dan Shashi. Diselitkan juga pelbagai gambar yang dikesan secara tidak langsung menunjukkan orang ramai dan lokasi perhimpunan haram BERSIH 2.0 di adakan.

Lagu dan lirik di cipta oleh Namewee dan ditambah dalam bahasa Melayu oleh Afdlin Shauki dan bahasa Tamil oleh Shahshi Tharan Rajoo. Oleh itu, kita dapat lihat lirik yang disampaikan agak keras sebagaimana lirik-lirik lagu terdahulu oleh Namewee. Namun kali ini ia dalam bentuk tersembunyi atau ‘subliminal message’.

Dari segi visual, pada minit 0.26, memaparkan seseorang yang sedang membaca akhbar Harakah yang bertajuk ‘BN TIRU BUKU JINGGA’.

Di minit 3.00 pula menunjukkan visual papan tanda nama jalan seperti Jalan Tun H.S Lee, Jalan Tun Perak, Hospital Tung Shin dan Jalan Pudu Lama (3.22), Jalan Masjid India (3.25) lokasi-lokasi ini adalah lokasi dimana peserta perhimpunan haram 9 Julai di gempur polis.

Pada minit 3.36 pula visual menunjukkan poster 1Malaysia gambar YAB Perdana Menteri dan tulisan ‘Rakyat Di Dahulukan’. Terdapat satu maskot seakan-akan lintah sedang bergoyang-goyang dihadapan wajah YAB Perdana Menteri. Jika ditafsirkan, mesejnya amat jahat iaitu menggambarkan pemimpin tertinggi Negara dengan Lintah yang bersifat penghisap darah.

Penyertaan dua pemimpin negara iaitu Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dilihat cuba mempergunakan kedua-dua tokoh ini dalam rancangan jahat penerbit.

Adalah satu perkara yang menghairankan apabila Namewee terus diberikan kebebasan berkarya walaupun telah beberapa kali membuat tindakan mencemarkan maruah negara dan menimbulkan kemarahan seperti penerbitan video ‘Negarakuku’. Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertahankan beliau juga menyinggung perasaan ramai penyokong BN apatah lagi beliau kini telah menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0.

Penyertaan lebih 100 orang termasuk VIP, Artis, Ahli Sukan, Pemimpin Pembangkang, Pemimpin Kerajaan, dan sebagainya dilihat cuba menunjukkan bahawa pelbagai pihak menyokong penerbitan video ini sekaligus menyampaikan mesej secara halus bahawa mereka ini juga menyokong gerakan untuk menukar Kerajaan.

Memang patut video tersebut diharamkan, lebih-lebih kerana penglibatan manusia biadab seperti Namewee. Manusia kurang ajar seperti itu dan menjadikan perkataan-perkataan lucah sebagai mainan di bibir mulutnya tidak patut sama sekali muncul dalam televisyen.

3 ulasan:

Unknown berkata...

X tgk lagi,. Nanti dah tgk baru boleh komen... Heheheh..

93.8% Waris Kg Bharu sokong Perbadanan Pembangunan Kg Bharu. baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

headbomb berkata...

ni lebeh ke pembangkang je... memg patut pun diharamkan

Tanpa Nama berkata...

tnye hishmaudin kecoot tu ape die buat..kalo org melayu hine sane sini tgkap..ni cine babi ni dok diam je...skg ni sape yg racist???