Ahad, 11 September 2011

GEMPAR! Pas Yakin Menang PRU ke 13.. boleh ke??


Jangan begitu yakin Pas. Kalau mengikut isu yang diutarakan sekarang ni. Impian Pas untuk menang besar, hanya senipis bawang saja. Keyakinan pengundi atas pagar dan juga pengundi Melayu lebih kearah mengundi UMNO dan BN. Pas hanya boneka dalam Pakatan Rakyat. Pas hanya ditugaskan untuk memecah belah undi Melayu kepada UMNO dan BN. Jika sayap baru Dap, iaitu Dap melayu sudah kuat dan kukuh, jangan harap Dap nak pakai Pas lagi dalam PRU yang akan datang.

Kalau kita tengok kempen Dap, mereka tak pernah memperkotak katikkan sejarah bangsa cina di Malaysia. Mereka tak pernah menghina sesama bangsa mereka dan melakukan seperti mana Pas buat kepada UMNO. Malah Dap tak pernah berkempen di rumah-rumah Tokong atau gereja untuk mengalahkan MCA atau Gerakan. Mereka hanya berpolitik dengan mengunakan isu setempat, rasuah dan salahguna kuasa politik.

Tapi dalam politik Melayu pulak, Pas mengetuai Pakatan rakyat dalam perbuatan jahat segala-galanya, Pas lakukan semua perkara bodoh yang tak masuk akal, seperti mengubah sejarah bangsa, ubah sejarah negara, menjual kepentingan Islam kepada agama lain, menjual hak melayu, menyokong gereja, memperemehkan agama Islam kebangsaan, mengubah dasar dari Islam ke kebajikan, menghina dan memfitnah sesama melayu. Kiranya sejak akhir-akhir ini tidak ada satu benda baik yang Pas buat. Semuanya merosakkan!

Dengan perlakuan buruk pas sebegini, apakah Pas ingat rakyat Malaysia buta dan masih lagi mahu menyokong Pas? Harap maaf..rakyat sudah kenal apa itu Pas, dan sudah jemu dengan politik kotor dan busuk pemimpin Pas yang dangkal lagi bebal seperti Mat Sabu, Mahfuz omar dan juga Idris hitam.

Kalau tak percaya, turunlah kekampung-kampung sekarang. Suasana sudah berubah, bukan macam dulu lagi. Lebih-lebih lagi dengan isu komunis sebagai pejuang kemerdekaan, memang memberi persepsi buruk Pas kepada penduduk kampung.

PKR sekarang lebih berhati-hati dan play safe. Dap seperti biasa hanya berdiam diri dan menjadi hero. Pas pula menjadi kuli barua berkempen bagi pihak Dap. Dalam Pakatan, hanya Dap yang masih kukuh dan kuat disebabkan kebodohan Pas dan PKR. Jika Dap meninggalkan Pakatan sekalipun, ia akan kekal sebagai sebuah parti yang kuat dengan sokongan cina hasil kempen dari PKR dan Pas pada dahulunya.

Andaikata sekarang Pas berjuang secara solo dan PRU ke 13 berlaku. Mc percaya, Pas akan punah ranah dan hanyut dibuai ombak kebangkitan melayu yang bencikan Pas sebagai parti bodoh penghamba diri.

PRU ke 12 memang Pas pemangkin dalam Pakatan Rakyat disebabkan ramai penyokong dan pengundi melayu memilihnya. Kini suasana sudah berubah, Pas hanya mengharap pengundi cina untuk mengundinya dan dengan harapan masih ada pengundi Melayu yang bodoh-bodoh ubi masih lagi memilih Pas.

Mc percaya, lepas PRU ke 13 nanti, kemungkinan besar Pas dan PKR akan gulung tikar! Akibat kebodohan diri dan kecuaian dalam melaksanakan amanah rakyat, Pas dan PKR akan dihukum!

McTheory:
Tak sabar nak berdepan dengan PRU ke 13!

5 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Jangan mengarut lah cuma nak bertanding 60 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Menang Apa benda tu...kalau lah di takdirkan menang semua 60 kerusi pun masih tak menguasai majoriti parlimen, masih tak dapat perintah juga. Apa bodoh sangat orang PAS nie.Kalau nak tumpang UMNO cakap terang-terang.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya PAS ini masih dibuai mimpi akibat kemenangan yang agak besar PRU lepas,tetapi selepas menang banyak janji-janji mereka yang belum dilaksanakan,ditambah pula dengan pelbagai masaalah di negeri yang mereka kusai.Oleh itu jangan harap la PAS akan menang lagi kali ini kerana rakyat dah sedar tembelang sebenar mereka...

Tanpa Nama berkata...

Pas Puss Piss..

Tu lah suruh belajar matematik asyik masik dam...

Tanpa Nama berkata...

PAS kena janji bawa balik Chin Peng ke Malaysia dan beri GELARAN TUN CHIN PENG.

Tanpa Nama berkata...

sudah pasti pas dan pkr mampos dek syok sendiri..banyak wakil pas dan pkr hilang wang pertaruhan..nik aziz terus meninggal kerana serangan jantung ,,terkejut beruk dia...sebb pas kalah habis..tak ada org nak sokong lagi..mat sabu gila meroyan asyik pegang pistol kayu buatan sendiri sebb dok kutuk pejuang negara...kena sumpah.