Sabtu, 17 September 2011

HEBAT!! Nik Aziz sibuk ISA, Kelantan lingkup dia tak peduli!!


Alamak orang tua tak sedar diri ni bising pulak pasal ISA. Kenapa la manusia tak pernah lihat kesalahan diri berbanding dengan kesalahan orang lain?


Nik Aziz mempertikaikan kenapa PM memansuhkan akta ISA waktu sekarang. Kenapa tidak dimansuhkan diwaktu pada dahulu. Akta ISA tu kan sebenarnya bagus, untuk menjaga keamanan Malaysia, namun akibat tekanan dari pihak2 yang mempunyai kepentingan, menyebabkan PM mengkaji dan memansuhkan.

Nik Aziz sebenarnya tak tahu apa2 pun. Dia tu hanya mengikut saja, orang kata bagus, dia kata bagus, orang kata tak bagus, dia pun kata tak bagus. Bila ditanya kenapa tak bagus, dia kata akta tu kejam.

Kejam kalau di salah guna, tapi jika mengikut cara yang betul akta itu perlu. Berapa banyak kes, penjenayah terlepas di mahkamah, walaupun dibuktikan dia bersalah? Contohnya pengedar dadah, disebabkan faktor teknikal, ada yang terlepas, namun kerajaan mengunakan ISA menahan semula pengedar tersebut atas alasan membahayakan masyarakat dan dibuang negeri.

Bukankah itu satu tindakan menjaga masyarakat Malaysia? Apa yang tak bagusnya..

Nik Aziz sepatutnya cermin diri dan menjaga Kelantan dulu, baru fikir nak nasihatkan PM untuk mentadbir negara. Kelantan pun terhuyung-hayang lagi nak sibuk pasal orang. Tahukah anda bahawa kes rogol di Kelantan meningkat dengan tingginya selama 3 tahun berturut-turut? Malah penyakit aids paling ramai di Malaysia ialah orang Kelantan.

Jadi apa yang perlu kita banggakan dengan Kelantan Serambi Mekah (kononnya)? Ekonomi, lingkup. Sosial, lingkup. Islam? kalau akidah umat Islam Kelantan ramai yang lingkup, maknanya memang lingkup la. Kenapa lingkup? sebab kerajaan negeri Kelantan hanya pandai bercakap, berdentum-berdentam. Tapi perlaksanaan? habuk pun tarak.

Sepatutnya Pas menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam contoh, kemudian di ikuti dengan negeri Pakatan yang lain. Kemudian barulah layak nak menegur kerajaan pusat. Tanah sekangkang kera pun tak mampu dijaga, ada hati nak jaga Malaysia.

Rasanya Nik Aziz dah tak mampu nak jaga Kelantan lagi, sebab dia dah tua dah.. dah tak larat. Pencen saja la..

McTheory:
balik rumah jaga cucu lagi baik la Pok Nik oii..

2 ulasan:

Tok Minduk berkata...

..eh buat ape nak pencen. Tak puas lagi naik kereta Mercedes yg baru dibeli oleh kerajaan Kelantan..

Tanpa Nama berkata...

mana boleh pencen, baru la ni aje nak kumpul duit, dah kuat sikit. dulu cuma menang 1 kursi 3 undi, mana nak ada kuasa cam la ni. sekarang nak gi haji siap ada yg nak support utk keluarga lagi. jadi cikgu kafa mana mungkin dpt ni semua.dah bertahun jual ugama baru la ni laku mahal sikit, nak suruh pencen ape la.