Sabtu, 17 September 2011

PANASS!! PEMBELI RUMAH PPR SELANGOR DITIPU


Pagi tadi saya bertemu seorang kenalan yang terlibat dalam pembelian rumah ppr di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah kerajaan Negeri Selangor. Menurut beliau urusan pembelian itu dijalankan pada tahun lepas oleh seorang Ahli Lembaga Pengarah bergelar Tuan Haji melalui agen agennya yang dilantik oleh mereka mengikut zon. Beliau rasa seperti di tipu oleh kerajaan negeri Selangor dimana sampai sekarang rumah yang diidamkan masih tidak dapat diduduki dan status pembelian masih tidak dapat diketahui kerana no telefon bimbit yang ditulis di dalam surat tidak dapat dihubungi.

Segala wang pendahuluan sudah dibayar 5% dari jumlah rumah iaitu sebanyak RM2100. yang peliknya resit pembayaran jumlah tersebut tidak di sertakan, mereka hanya diberi resit pembelian borang yang berjumlah RM2 sahaja. Ramai mangsa terlibat dalam pembelian rumah ppr itu yang di bahagikan mengikut zon.
Beliau ada menunjukan kepada saya beberapa keping surat yang tidak bertandatangan dihantar bertarikh 2 febuari 2011 berkenaan tarikh baru penyerahan kunci pada 30 march 2011..belum sempat hari penyerahan kunci di adakan mereka menghantar lagi surat pada 4 march 2011 iaitu petukaran tarikh pengambilan kunci rumah yang akan diberitahu kelak.antara sebab sebab diberikan setiausaha kerajaan negeri belum wujud,ahli lembaga pengarah terlibat dalam “pilihan raya kecil Merlimau&Tenang”, jatuhnya hari penyerahan kunci pada hari cuti tahun baru cina dan pihak permodalan negeri Selangor tidak dapat meluluskan pinjaman baru.

Menurut surat tersebut segala wang pendahuluan akan dipulangkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh berkenaan bagi sesiapa yang mahu membatalkan urusan pembelian rumah tersebut.dan sampai sekarang wang tersebut masih belum dipulangkan.



Pada 15 Ogos 2011 Permodalan Negeri Selangor menghantar lagi surat pembatalan  penyerahan S&P dan kunci pada  19/08-22/08/2011 dan menangguhkan ke tarikh baru selepas Aidilfitri atas sebab berlakunya pertindihan masa yang mana 2 orang pegawai keewangan.2 orang exco,serta tuan haji dan seorang pegawai khas perumahan terpilih mengerjakan umrah kelolaan kerajaan negeri Selangor pada 16 ogos.
Dalam surat itu juga tertulis kami tidak menghalang pihak tuan/puan untuk membatalkan urusan pembelian atas kelewatan menyerahkan surat perjanjian & kunci rumah,pihak kami akan menerimanya melalui agen2 kami.


Saya amat bersimpati dengan nasib rakan serta pembeli  rumah ppr di bawah kerajaan negeri Selangor yang mana sampai sekarang masih tidak diketahui status pemilikan..mereka sangup meminjam wang dari saudara mara semata mata mahu memiliki rumah di idamkan.apa yang menghairankan saya semua surat yang dihantar tidak diketahui siapa yang mengarahkan surat itu dikeluarkan kerana tidak bertandatangan dan tanpa nama.dalam pemerhatian saya ada sesuatu yang tak kena dalam surat yang ditunjukan antaranya hanya no telefon bimbit yang ditulis,tiada satu pun no pejabat disertakan serta tiada nama nama pegawai yang terlibat melainkan nama haji itu seorang,semua no telefon tidak dapat dihubungi..

saya tidak dapat menunjukkan semua surat yang diberikan atas permintaan rakan saya yang masih menyiasat identiti tuan haji berkenaan.

PMK:
kata nak buat negara kebajikan,rakyat negeri sendiri pun kena tindas.PR oh PR

2 ulasan:

Pemuda TG berkata...

Inilah yang dinamakan negeri berkebajikan....membohong je semua tu...

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah..PKR Pakatan Kencing Rakyat