Rabu, 21 September 2011

KELANTAN JUARA MAKSIAT!! REKOD TERTINGGI DARI 2008 - 2011



Nik Ajis ni tak habes2 menuduh umno adalah segala punca malapetaka yang berlaku di Negeri Kelantan..Baru2 ni Majlis Aids Malaysia mengatakan Negeri Kelantan mencatatkan bilangan paling tinggi di Malaysia.

Beliau berkata semuanya berpunca daripada mantan PM Tun Dr Mahathir yang menghalang kerajaan kelantan melaksanakan hudud walaupun sudah diluluskan oleh DUN pada 1993.

baca petikan perspectif yang saya petik dari utusan


SEMUA di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek.
Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu, memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik.

Kelmarin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersuara meminta agar Perdana Menteri membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan, bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka.

Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 kerana halangan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Cuba bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV di Malaysia, apa pula mereka akan kata? Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan." Tetapi apabila akhbar melaporkan Kelantan yang paling tinggi, terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr. Mahathir. Mereka hanya nak yang baik-baik, yang buruk semuanya milik orang lain.

Dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara Islam.Mengikut laporan daripada Majlis AIDS Malaysia, bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang daripada mereka menghidap AIDS. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai daripada Kelantan, serta negeri yang tidak

Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri, Kelantan berada di tangga kesembilan dengan bilangan penduduk 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit AIDS yang lebih rendah daripada Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya.

Jadi di manakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit AIDS tinggi di Kelantan?

Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya peranga
i seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya.


Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkah mana-mana orang yang pergi ke ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat tentang bahaya HIV atau AIDS?

Tidak! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis Nabi, kemudian kutuk dan fitnah UMNO. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah, duit derma yang dikutip masuk poket. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas.

Apabila kalah pilihan raya, salahkan parti lawan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr. Mahathir dan hukum hudud.


Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek. Tun Dr. Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri.


Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal.


Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat Islam. Ia hudud politik. Sengaja direka cipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah dijaja cerita UMNO tolak Islam.


Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu.


Jika Pas kata Tun Dr. Mahathir tolak hudud, kenapa selepas beliau berhenti daripada kerajaan, Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada Perdana Menteri selepas itu? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah bukti mereka tidak serius dan ia sengaja dicetuskan untuk tujuan politik.


Pas boleh berdemo untuk Bersih 1, Bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk Bersih 3. Pas boleh berdemo untuk Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan macam-macam demo lain yang diadakan atau disertai Pas, tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan?

Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada Perdana Menteri yang ada sekarang. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan al-Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demonstrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Bukan hudud dan bukan Tun Dr. Mahathir yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukan dengan mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi.


Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah dididik dan diajar dengan ajaran Islam secukup-cukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit AIDS, lokap-lokap polis di Kelantan pun dah lama kosong.
Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja.- utusan

Ternyata Pas sebuah parti yang hanya mencari kesalahan orang lain,walaupun nik ajis dah perintah kelantan selama 21tahun,beliau masih salahkan umno adalah punca segala masalah yang menimpa rakyatnya.bagi pas,nik ajis adalah dewa yang tidak boleh dipersalahkan..

PMK
PAS POMPANG SANA,POMPANG SINI.UMNO YANG KENA

2 ulasan:

Tukang Komen berkata...

Slogan membangun bersama islam hanya untuk sedap didengar sahaja. Hakikatnya Pas gagal membangun nasib rakyatnya dari paras kemiskinan hingga mereka terpaksa cari makan diluar Kelantan. Sikap rakyatnya yg lebih gemar enjoy di negara jiran tanpa ada usaha oleh kerajaan kelantan mendidik mereka dalam perkara zina dan kesannya.

Pas juga gagal mentejemahkan pentadbiran yg islamik sesuai dengan nama parti islam. Sebaliknya kerajaan Lim Guan Eng kafir harbi pula diangkat sebagai Khalifah Omar. Arahan bertudung dan kaunter layanan untuk lelaki dan wanita dianggap sudah cukup mencerminkan hasrat kerajaan negeri kearah mengislamkan pentadbiran Pas di Kelantan.

Ladang Rakyat dan projek kambing tidak mencapai objektif yg diharapkan. Pas hanya menumpukan promosi pelancaran projek2 tersebut sebagai kejayaan namun tidak pernah menjelaskan 'kejayaan'
yg dicapai. Semua kelemahan ditutup dengan ceramah harian pagi petang siang malam dan menyalahkan pihak lain diatas keburukkan yg mereka cipta sendiri.

Dalam erti kata lain Pas tidak memiliki kemahiran dalam urusan pentadbiran sebuah kerajaan negeri.
Justeru itu mereka mencari orang luar untuk membantu seperti yg pernah kita dengar iaitu membawa Tengku Razaleigh bersama mereka.

Kejayaan Pas ialah tok tok guru mereka berjaya meyakinkan ahli2 bahawa Pas adalah parti yg membawa ke jalan syurga.

Oghe_kelate berkata...

Nik Aziz dh cuba utk memulihkan umat Islam Kelantan yg dulunya terkenal dgn pelbagai masalah. Sbb itu pub2 dan rumah urut tiada di Kelantan. Tp apakan daya, hasutan syaitan lebih kuat dan budaya hiburan ttp masuk di Kelantan. di rumah shj, kita ditayangkan pelbagai cerita yg menaikkan nafsu. Akhbar2 utama tidak malu menayangkan artis berpakain seksi. Laman lucah dpt diakses tanpa had. Jika bercakap dlm konteks Malaysia, anda boleh lihat parahnya kes jenayah dan masalah sosial skrg. Natijahnya, muda mudi sekarang semakin hanyut dan jauh dr agama mereka yg dpt dari keturunan.