Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh, beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.
"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam.
Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya belajar pondok untuk berlakon filem.
Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.
"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.
"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal.., ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.
Penjelasan dari Zizan dan Ustaz Azhar Idrus tu Mc ambil dari MPP Online.
Zizan bersalah bila dia menyebut perkataan tersebut. Tapi mungkin dia sebut tanpa niat, tanpa niat sebab dia tidak mengetahui apa maksud yang dia sebutkan itu. Bila artis yang menyokong kerajaan terbuat salah, berdentum-dentum dia kena hentam dengan puak Pas. Mc ni bukan nak bela artis, cuma tak adil pembangkang menghentam Zizan dari segala sudut tanpa memberi peluang dia menjelaskan perkara sebenar.
Pas marah bila Zizan sebut ayat mengucap yang salah! Dia dikatakan menghina Rasulullah. Bagaimana pulak kalau seorang yang di panggil 'Tok Guru' yang diketahui bijak agamanya menghina Rasulullah?
Ini nak kira macam mana pulak ni? Dia seorang Ularmak Pas dan tokoh agama paling disegani dalam Pas, boleh membuat kenyataan menghina Rasul, Pas tak bising pulak ye?
Tak percaya tengok video dibawah,
Kenapa hentam orang yang jahil dan sokong orang yang jelas2 membuat salah menghina Rasulullah? Kalau benar nak pejuangkan agama, yang orang tua ni hina Rasulullah kenapa korang diam? Sedangkan dia Tok Guru Agama (kononnya lahh).
Orang jahil tu dia tak tahu, dan boleh diajar. Bila diajar Insyallah dia takkan buat lagi. Tapi yang orang tua ni, demi menghalalkan cara, dia sanggup hina Rasulullah. Itu bezanya. Maknanya kalau dari segi logik dan mengunakan akal, Nik Aziz lebih terkutuk dan hina berbanding Zizan.
Macam ni nak panggil Ulamak? khak Tuihhh!!
McTheory:
Ikut puak Pas ni, jadi bodoh la sampai bila2..
2 ulasan:
Assalam Bro
Kat Malaysia ni dalam Islam pun ada double standardnya... kalau belah kerajaan yang buat semuanya salah dan kalau puak pembangkang semuanya halal. Yang haram pun jadi halal... Ustaz2 kat Malaysia ni ada kasta dia juga... Belajar agama kat negeri mana? Mesirkah Indiakah...? Ada doktor ke? kalau ada doktor, taraf tinggi sikit dari yang belajar dipondok... Sebab tu bila keluarkan kenyataan bersimpang siur... tak tentu hala tuju.. Siapa berani tegur Nik Aziz Bro....
DLM FILEM TU PUN ADA SCENE LAIN YG BKN SETAKAT HINA ISLAM, TP HINA ALLAH SECARA TIDAK LANGSUNG. YG MANA SI DOKTOR TU BOLEH CKP PD ZIZAN YG KEMALANGAN LEBIH KURANG GINI “AKU PUN TAK TAHULA, KENAPA SUSAH SGT TUHAN NAK AMBIL NYAWA KAU”. BUKAN KE BODOH JAHIL NAMANYA TERUTAMA AYAT “SUSAH” TU.
LG SATU, DITUNJUKKAN SELAMBANYA ORG ISLAM ZAMAN SKRG YG TANPA SEGAN SILU BOLEH DUDUK SERUMAH TP BERLAINAN BILIK.
NTAHLA, YG PEMBUAT SKRIP DAN PELAKON TU MUNGKINLA JAHIL, TP LPF PUN NMPKNYA SAMA JE TAHAP JAHILNYA. NO WONDER CERITA2 TAHYUL MAHYUL, PENUH ADEGAN SYAHWAT BERMAHARAJALELA. BETUL KE ADA ULAMA (BISU???) DLM LPF.
Catat Ulasan