Khamis, 22 September 2011

TUDIAA!! Kes Liwat Anwar, Apabila si Peliwat meminta Tolong si Penipu!!

Pakar pembelit..

Walaupun mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia hari ini tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika 'meluahkan perasaannya' dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.

Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.

Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.

Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau 'pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin'.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Artikel di atas ni di ambil dari Utusan Malaysia, namun apa yang menariknya apabila Pakar DNA import dari Australia ni sebenarnya bukan pakar pun. Dia ni doktor upahan Anwar untuk membuat kacau dan mencari sebab bagi menimbulkan keraguan keatas bukti barang kes dan kes akan dibuang oleh mahkamah. Itu saja.. tengok dialog soal jawab dibawah,

9.27 pagi: Pihak pendakwa memulakan soalbalas didahului dengan peguam cara negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden. Yusof menyentuh kes pada tahun 2007 yang belaku di Australia iaitu mahkamah rayuan telah menolak rayuan dalam satu kes melibatkan McDonald.sebagai pakar dan Mahkamah menolak Mc Donald sebagai pakar DNA dan Yusof berkata beliau akan menunjukkan McDonald bukan pakar.


9.30 pagi: Yusof berkata dunia DNA telah maju kehadapan. Beliau mendakwa beberapa kelayakan McDonald sudah tidak boleh dipakai lagi dan sudah terlalu usang.


9.34 pagi: Peguamcara II Yusof bertanya lagi samada pada 2002, Adakah McDOnald menghadiri mana-mana program-program peperiksaan bagi memperbaharui kepakarannya itu?. McDonald menjawab tiada


9.37 pagi: McDonald berkata kelayakan beliau diperakui penilai NATA makmal forensik untuk pensijilan ISO 17025.


9.40 pagi: Yusof terus mengasak lagi, adakah kelayakan McDonald seperti terkandung dalam biodatanya?


9.42 pagi: McDonald berkata beliau tidak pernah menghadiri sebarang kursus forensik DNA.


9.43 pagi: Yusof bertanya lagi Adakah anda dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, analisis?


9.44 pagi: McDonald menjawab Saya dilatih secara rasmi sebagai saintis sahaja.


9.45 Yusof bertanya lagi, Adakah kamu melatih orang lain?


9.46 McDonald menjawab Ya, di semua lapangan kecuali ? tafsiran DNA.


9.48 pagi: Yusof meminta penjelasan bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran beliau. Mc Donald berkata pada 2004. “Saya seorang senior saintis dengan kerja-kerja itu dilakukan junior saya dan robot.


9.50 pagi: Yusof berkata lagi dalam ISO 17025, mereka akan melawat dan kenali ahli-ahli sains dan sama ada mereka mempunyai syarat-syarat perlu.


“Saintis, sebagai sebahagian daripada akreditasi, saintis Seah Lay Hong (betul) dan Nor Aidora, mesti dengan konsisten diuji,” kata Yusof.


McDonald dengan teragak-agak menolak pendapat Yusof. beliau berkata hanya ahli-ahli saintis kanan dibenarkan untuk mentafsirkan keputusan-keputusan.


10.10 pagi: McDonald berkata dia tidak menahu bahawa samada akreditasi makmal dijalankan setiap dua tahun.


10: 38 pagi: McDonald sekali lagi tergamam bila Yusof mengatakan bahawa dalam satu kes di Brunei, mahkamah telah menolak McDonald sebagai saksi kerana kepakaran beliau tidak diikhtiraf


10:47 pagi: Yusof membaca satu lagi kes yang sama juga menggambarkan McDonald bukan seorang pakar yang diiktiraf


10:57 pagi: Yusof terus mempertikai pakar DNA yang diimpot oleh Anwar McDonald dan kepakaran dengan menunjukkan kes beberapa mahkamah juga menolak dan mempersoalkan keterangannya.


11:15 pagi: Yusof , pihak pendakwaan selesai menyoalbalas saksi Anwar pakar DNA impot yang kepakarannya dipersoalkan.


Pihak pendakwa memohon kepada Hakim Zabidin untuk bereha setengah jam dan Hakim membenarkan.


12:00 tengahari: Perbicaraan disambung lagi, Yusof meneruskan soalbalas terhadap McDonald.


McDonald mendakwa bahawa beliau telah memberi keterangan pada 150 kes, dan dia tidak boleh ingat kesemua maklumat.


12:11 tengahari: Yusof mendakwa bahawa McDonald telah diupah oleh pihak pembelaan. McDonald menjawab ya dan Yusuf meminta McDonald memberikan jawapan yang paling ringkas bagi soalan-soalan yang akan diutarakan.


12:15 tengahari: Yusof terus menyoalbalas McDonald sama ada dia adalah pakar untuk menentukan air mani dalam sampel yang diambil selepas 56 jam dan diberikan kepada pakar kimia 48 jam kemudiannya.


McDonald menjawab YA, beliau adalah seorang pakar.


12:19: Yusof mula merujuk McDonald kepada journal 1982 yang merujuk kepada masa yang panjang selepas sperma dijumpai boleh dianalisis.


12:27: Yusof terus menunjukkan kepada McDonald sebuah journal dalam bahasa Thai, tetapi pakar Australia itu enggan menjawab soalan mengenai perkara itu kerana dia tidak dapat memahami apa yang ditulis, kerana tulisan dalam bahasa Thai.


Yusof mengandaikan bahawa artikel ini adalah benar


“Tidak,” jawab McDonald dalam keadaan tersekat-sekat.


Tiba-tiba CV Prabhakaran bangun membantah apabila melihat Mc Donanld diasak oleh pendakwaraya.


12:30 tengahari: McDonald berkata perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu.


Yusof berkata jurnal tersebut mengatakan bahawa air mani boleh didapati dalam faraj selama 19 hari.


McDonald: Saya tidak boleh bersetuju hanya kerana saya tidak dapat memahami bahasa ditulis dalam Bahasa Thai.


12:35 tengahari: Yusof menegaskan bahawa berdasarkan jurnal, tidak mustahil bahawa seseorang boleh menemui air mani selepas 113 jam.


Selepas diselidik, ternyata McDonald ni dah lama tak buat kerja DNA ni. Patut la nampak dari awal lagi dia dok mengarut kot lain,

The Mole tulis :


A blogger says that records of "a very important case" in Australia leave Dr. Brian McDonald's credibility "torn to shreds" .

The judge in that case -- in which DNA evidence was used to try to determine the paternity of a child -- is quoted by blogger PantaiReporter as saying, “At the end of Dr McDonald’s evidence-in-chief, I did not know from who or from where Dr McDonald obtained his claimed expertise in DNA and molecular genetics."

The blogger also writes, "In the following paragraph the judge went on to dissect the various qualifications that McDonald had presented to the court to back his expert testimony and concluded that he is not actually qualified to be an expert witness."
Details and queries HERE
Apa yang kita jelas di sini ialah, Anwar mencari si penipu, untuk menolong si peliwat. Tugas di McDonalds ni hanya untuk mempertikaikan hasil kerja pakar tempatan (mengambil bukti DNA) dan mahu kes liwat ini dibuang kes dan selesai tanpa ada apa2 tindakan undang2. itu saja.

McTheory:
Memang 'NGAM' Peliwat dan penipu..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita yang tepi jalan ni baca transkrip mahkmah tu terang dan jelas nak membuktikan kepakaran Mc Donald.

Lagi dia pulak kata putar belit. Dia yang putar belit tak jalan.... mula cari jalan keluar.

Takkan otak dia teruk mcm tu sekali. Lagi dalam english. Kata pakar...

Ada gak tu dia konon tak faham pendakwa punya english. Madah berhelah lak menatang ni