Rabu, 7 September 2011

PANAS!! Guan Eng bercuti ke luar negara pada 31 Ogos!!



Sedang sibuk Malaysiakini portal paling keji dalam sejarah Malaysia, menabur fitnah mengenai lawatan DS Najib ke Australia (sedangkan PM ke sana untuk rawatan lutut yang tercedera). Mereka seolah-olah buta atau lupa pada masa yang sama pemimpin kesayangan mereka iaitu Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang turut sama berada di luar negara untuk mengunjungi saudaranya di China.

Tambahan pula Mc difahamkan Guan Eng kesana untuk berjumpa dengan bekas aktivis Komunis yang juga pakcik pada Kuan Yew. Bagus la tu.. memang sedara pun.

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada di China pada 31 Ogos setelah berlepas dari negara ini pada hari berkenaan sekitar jam 10 pagi bersama keluarganya untuk tujuan bercuti di negara kuasa besar Asia itu.

Menurut sumber yang rapat dengan Setiausaha Agung DAP itu, ini merupakan amalan biasa Guan Eng ketika musim cuti perayaan terutama Aidilfitri kerana kebanyakan pekerja dan sahabat-handainya turut mengambil cuti yang panjang.

“Guan Eng balik dari China semalam, hari ini berada di Pulau Pinang untuk menghadiri beberapa program termasuk sambutan Aidilfitri,” kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan.

Hari ini, laman Malaysiakini.com menyiarkan berita yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kelihatan ketika negara meraikan perayaan berkembar – Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu kerana berada di Australia.

Najib kononnya menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara kerana bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu, pembantu khas Perdana Menteri menjelaskan kepada mynewshub.my, Najib berada di Perth, Australia bukan untuk tujuan bercuti, sebaliknya mengambil kesempatan sempena cuti perayaan untuk menjalani terapi sukan ekoran pembedahan lututnya baru-baru ini.

“Perdana Menteri mengambil cuti pendek sementelah tiada sambutan Hari Kebangsaan rasmi pada 31 Ogos yang lalu dan kebanyakan rakyat sedang bercuti perayaan bagi menjalani terapi intensif di Australia yang terkenal dengan rawatan terapi sukan terbaik,

“Perdana Menteri menjalani program pemulihan terapi itu setiap hari di Perth, Australia,” katanya - MyNewsHub

Termasuk artikel ni, dah banyak kali Malaysiakini cuba nak fitnah DS Najib. Kenapa agaknya kerajaan Malaysia masih mahu membiarkan portal seperti ini terus hidup dan memporak perandakan Malaysia?

McTheory:
Nak fitnah PM, sendiri yang kena ludah!

Tiada ulasan: