Jumaat, 23 September 2011
Pas setuju kata TPM Hudud Tidak Dapat di laksanakan pada jangka waktu terdekat!
Semalam TPM, TS Muhyiddin Yasin bersetuju sebagai orang Islam, UMNO menyokong hudud, namun disebabkan negara kita berbilang kaum, kerajaan terpaksa menunggu dan mengkaji lagi perundangan untuk sesuaikan hukum itu dengan negara Malaysia yang berbilang kaum. Ini maknanya, UMNO tidak menolak hukum Islam itu, cuma belum sesuai..
Nampaknya kata-katanya itu disokong oleh seorang Naib presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sekarang bukan masa yang kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.
“Suasana kondusif yang saya maksudkan ialah daripada aspek perundangan,” katanya.
Justeru beliau menggesa pimpinan PR memberi tumpuan memenangi PRU kerana ia merupakan matlamat utama mereka. Sambung baca sini.
Sebenarnya Nik Aziz yang terdesak telah mengorek balik isu hudud ini untuk memancing semula sokongan rakyat, terutamanya di Kelantan. Hukum hudud umpama "masak lemang di waktu hari raya" cuma bezanya Nik Aziz memainkan hukum hudud ni 5 tahun sekali, untuk dapatkan sokongan. "Nik Aziz buat hudud 5 tahun sekali di waktu pilihanraya".
Kelantan goyah disebabkan kebebalan Mat Sabu dan kelemahan kerajaan Kelantan sendiri, ia membuatkan rakyat Kelantan sudah mula berfikir jauh mengenai nasib negeri Kelantan jika terus berada dibawah kekuasaan Pas dan Pakatan rakyat yang dilihat amat tidak stabil.
Mc difahamkan Pas Kelantan sudah terbahagi kepada dua pihak, puak penyokong Mat Sabu, dan penyokong penentang Mat Sabu.
Jika perkara ini terus berlaku, insyallah UMNO/BN berpeluang untuk mendapatkan Kelantan semula. Jika Kelantan pun goyah, bagaimana pula dengan negeri yang lain?
Patutla Nik Aziz sanggup halau rakan baiknya Dap semata-mata nak jaga kerusi!
McTheory:
Apakah di dada Karpal sudah tidak ada bulan? heh..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan